Friday 20 April 2012

My Home Sweet Home....Part 1

Salam....

Huuhhh....Penat masih terasa hingga ke hari ini. Minggu lepas bertungkus-lumus mengemas rumah baru di Melaka...

Ahad (25/3/2012).....Husband di jadualkan tiba di airport pukul 2.00 ptg. Aku pula drive dari kampung halaman di Jempol, Negeri Sembilan( berada di Jempol sebab masa tue dapat mc selama 1 minggu daripada KPJ Hospital..hehe...baru kuar hospital sebenarnye dek kerana demam panas yang tak surut2 ,pening kepala, badan menggigil,badan tak bermaya dan tak selera makan).Orang tengok aku pn takut je.dengan mata bergelang hitam yang memang ketara menunjukkan aku memang tak sihat + jalan terhuyung-hayang + badan semakin susut+ muka pucat.So, kat KPJ Hospital ,aku kena drip water selama 3 hari baru badan rasa sihat dan kuat. Demam pn da kebah + da selera makan ckit. Takut juga bila dikenang kembali kata Dr. yang syak aku nie ade denggi....rasa ngeri je. Nasib baik bila cek darah aku tak de pape....alhamdulillah..........



Saturday 17 March 2012

Dubeis masuk wad...Hospital Pantai Melaka

Sabtu 10 Mac 2012, Hospital Pantai, Ayer Keroh Melaka

Masuk hari nie da 5 hari Dubeis demam.Penat tak yah ceritalah, sakit badan pnn xle nak cerita…sana sini sakit……nak ambil cuti rasa serba salah pula…lagipun sepanjang 7 minggu nie aku kena straight mengajar je…tidur memang selalu terganggulah dalam 5 hari nie….pegi keje pn dalam keadaan penat dan pening kepala…Ya Allah cepatlah masa berlalu…bila masa cepat berlalu, anak2 pn cepat membesar, dan satu yang tak bley aku terima…akupn da makin tua( kehkeh…kalau bley nak selalu je muda). Itulah lumrah hidup tanpa suami disisi…rasa mcm bersilat je kat rumah dengan anak2 …tak terkejar tangan nie nak handle sume benda sorang diri….
Pagi2 dalam pukul  6 lebih,dubeis da bangun merengek…emm…laparla tue, semalam  sepanjang hari kurang menyusu dan minum air…air liur asik meleleh je(sah memang sakit tekak or sakit ulser, sama kes masa dia 6 bulan dulu punnn masuk hospital tapi hosp SALAM(Senawang Specialist Hospital)) , hampir 2 hari gak bertapa di hospital tue……badan macam nak kebas, muka pn sembab je (mcm org tua,pdhal masa tue baru awal 29 tahun)..kehkehkeh….nak buek camno, kang tak masuk hosp kang, aku yang sakit badan sampai  1minggu tak habis2).

Dalam pukul 10.00 pagi br bertolak dari rumah ke hospital…lambat sebab nak settlekn sume benda termasuk baju 1 minggu yang belum di basuh….sampai kat hosp, ramai betul org, nasib baik dapat parking cantik pnye…betul2 depan pintu masuk (memang rezeki ko la nak). Aku terus pegi ke kaunter pertanyaan….”Encik, tumpang tanya, kat sini ada tak klinik pakar kanak2.”Pergghhhh…pertanyaan memang betullah menunjukkan ini first time aku ke hosp nie.Encik kaunter plak jawab,” ada, akak pegi ke tingkat 1 jumpa dgn Dr. Lim”. Akak dia panggil aku padahal aku tengok muka dia mcm lebih tua dari aku (kehkehkeh..tak sedar diri tu da  tua, klu da menginjak ke 3 series mmg la kesan penuaan da nampak le…terima la seadaanya). Sampai kat tingkat 1, pnyela ramai yang menunggu turn utk berjumpa dgn Dr pakar tue….nasib baik sejam je menunggu pastu da kena panggil…Alhamdulillah…Allah memudahkan segala-gala-Nya. Dr suruh admit wad sebab tonsil dia da bengkak dan merah…memang patut baby susah nak makan dan merengek2. Wad kanak-kanak penuh, terpaksalah masuk ke wad bersalin dan O&G. Rasa aman je kat sini.Ok gak kalu duk cni, tak de lah dgr sgt budak2 merengek….
Sampai kat sana, diorang tempatkan anak aku kat wad 4 katil. Anak2 aku bukan main suka…mcm duk hotel je dia pnye suka….melompat sana,melompat sini…semua tempat dia explore sampai naik pening aku…si pesakit(Dubeis) jadi macam bukan org sakit(tetiba je sihat) bila sampai je ke wad nie. Dia pn suka semacam je, sama macam kakak dia.tolak tong sampah la, katil la…aduiii…pening kepala ku….

Friday 10 February 2012

K.A.S.I.H. & C.I.N.T.A. jarak jauh

abang with his boss

Salam buat semua,

Setiap cabaran yang datang saya lalui dengan tabah, tapi satu cabaran nie yang saya rasa paling susah untuk saya lalui dan hadapi iaitu cabaran membesarkan anak-anak tersayang. Kenapa saya mengatakan susah, padahal di mata orang lain, saya seolah-olah nampak mudah untuk menguruskan mereka....'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya'. Dah hampir 3 tahun saya hidup berjauhan dengan suami dek kerana batasan kerja yang memisahkan kami. Tanggungjawab membesarkan anak-anak diserahkan kepada saya. Bukan kerana suami saya ini adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi kerana seruan ilahi yang memerlukan suami saya bekerja jauh daripada keluarga. Satu cabaran juga buat suami tercinta di sana, bekerja dan mencari rezeki di negara orang secara berseorangan di sana. Tanpa sokongan isteri dan anak-anak di sisi mungkin juga susah dan sukar untuk suami saya melaksanakan tanggungjawabnya di sana. Walaupun banyak mulut yang mengata tentang kami, tapi saya tau tujuan,sikap dan kasih suami yang tak pernah putus walaupun kami dipisahkan oleh lautan yang besar dan jarak yang beribu-ribu km jauhnya.


project at lampung,indonesia
Teringat lagi saat pengorbanan si suami yang sanggup berhenti kerja di Perak yang memang melimpah ruah rezekinya semata-mata kerana ingin bersama-sama saya bekerja di Melaka. Dia memohon kerja sebagai Guru Sandaran di Melaka. Ternyata satu kebosanan yang amat besar timbul dari riak mukanya bekerja sebagai guru walaupun dia tidak meluahkannya. Apakan tidak,dia sudah biasa dengan kesibukan kerja sebagai engineer di private sector, tapi bila bekerja sebagai guru terlebih banyak pula masanya. Tentunya berbeza bukan. Saya mengerti, hubby saya nie seorang yang sukakan kerja yang mencabar minda dan akalnya. Kerja sebagai guru terlalu mudah baginya. Dalam diam-diam, dia memohon untuk bekerja di Bureau Veritas (BV) ,Singapore sebagai Inspection Engineer. Mungkin mula-mula hanya sekadar mencuba nasib dan market dia. 3 minggu sebelum saya melahirkan anak sulung saya, suami dapat call dari BV Singapore dan telah menawarkan kerja untuknya sekiranya dia lulus dalam interviewnya di KL nnti. Dia meminta pendapat saya tentang offer dan menceritakan benefit kalau dia dapat kerja dengan syarikat tersohor ini iaitu Bureau Veritas, Franch Company. Saya cakap, “ Tak pelah, cubalah dulu. Kalau da lulus interview, baru kita fikir yang seterusnya.”.


Wednesday 1 February 2012

Bencana besar jika gagal mengawal lidah

"Sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa".Begitulah peninggalan warisan budaya sosial melayu yang memperingatkan setiap individu dalam masyarakat agar peka dengan impak negatif yang berpunca daripada mungkar lidah.
Meskipun pepatah berkenaan sekian lama kita fahami,namun ada kalangan mukmin yang memandang ringan dalam aspek memelihara dan menjaga lidah. Banyak suruhan dan perintah Allah seperti ibadah solat,puasa dan haji mampu kita laksanakan dengan baik. Malah kita begitu komited sekali menjayakan ibadah yang disuruh Allah itu. Tetapi mengapa dalam bab menjaga lidah ini kita menjadi lalai dan pandang sebelah mata sahaja.

Banyak sudah berlaku krisis sosial antara individu yang lain berpunca angkara buruk tutur kata dilontarkan. Misalnya perbuatan mengumpat insan yang lain ataupun mengada-adakan cerita tidak benar. Hal ini jika ditinjau perpekstif psikologi jelas akan meninggalkan kesan kejiwaan negatif. Atas soal itulah awal-awal lagi islam menunjukkan agar umatnya berwaspada dengan kurniaan teragung buat manusia ini iaitu lidah.
Saidina Ali Abi Talib ada berpesan, "Bagi orang beriman,lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan yang sia-sia,sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara yang berhikmah."

Monday 23 January 2012

Family Vacation : Danang,Vietnam.........Part 3


22/1/2012 (Ahad).........Pagi tue kami bangun agak lewat sedikit daripada biasa. Saje je bermalas-malasan nak bangun dari katil empuk tue......anak2 pn nampak seperti betul2 keletihan. Breakfast pn agak lambat, dalam pkl 9 baru g turun makan. Lepas breakfast, naik balik ke bilik dan bersantai lagi. Aktiviti hari ini dijadualkan bermula pukul 1.30 pm,selepas solat zuhur.
Bila jam da pukul 1.30pm, kami terus turun, tapi driver still xde. Sambil menunggu driver tiba, kami bergambar-2 di sekitar resort. Xsampai beberapa minit, ternampak la kelibat Toyota Innova kami. Kami terus naik. Kali nie , kami plan nak g  Big C for shopping. Saje jalan –jalan sekitar bandar Danang. Sambil tue bley bergambar. Kat sana –sini ada tanglung, sama macam kat Malaysia. Tapi masyarakat sini bukan berbangsa cina, tapi mereka berbangsa indochina. Bahasa pn lain, jadi budaya mereka pn berbeza sedikit. Ramai betul orang shopping kat sini. Almaklumlah esok da nak raya...mgkn persiapan terakhir mereka sebelum big celebration esok. So, plan kami nak shopping ckit2 terbatal. Hanya bley tengok je. Manusia terlalu ramai, sehinggakan nak berjalan pn susah. Barang2 kat sini apabila di convertkn ke RM Malaysia memang la agak mahal berbanding Malaysia. So tak sesuai nak shopping. Baik shopping kat Malaysia, Tanahairku.

Sunday 22 January 2012

Family Vacation : Danang,Vietnam.........Part 2


21/1/2012 ( Sabtu)..........Aktiviti meneroka bumi Danang,Vietnam bermula pada pukul 9.00 pagi. Tapi pagi tue kami jalan2 ambil angin pantai resort. Lepas tue , breakfast di Alamanda Restaurant. Janji dengan driver untuk ambil kami pukul 8.30 pagi, tapi lambat setengah jam sebab nak uruskan anak2. Nasib baik driver tue tak pegi mana-2...standby je kat area hotel.

Friday 20 January 2012

Family Vacation : Danang,Vietnam.........Part 1


19/1/2012 (Khamis).....aku bertolak daripada Jempol ke Pedas untuk bermalam di rumah Syanie (rumah dia kat senawang,g  pedas dulu sebab nak parking keta kat ILP Pedas  dan naik kereta Syanie ke rumahnya di Senawang). Hari Kamis tue ambil AL 1 hari sebelum bertolak ke Vietnam. Malam tue, anak-2 susah ckit nak tido,mgkn sebab tempat baru....tergolek sana,tergolek sini,tapi still xtido2. Sebelum tido, kunci jam.Kononnya pkl 4 da kena bangun. Qistina lak resah sebab hidung dia tersumbat (tiba-2 je selsema malam tue...heiii anak....time2 nie la ko nak selsema)....kadang2 dia merengek sbb susah nak bernafas melalui hidung..vicks lak xde.terpaksa la aku urut2 badan dia agar dia terlena kembali.malam tue aku memang tak tido sangatla...orang kata ‘tido-2 ayam’ gitu......
inila beg-beg yang perlu ku bawa....1 bag besar,1 bag Dubwis, 1 begQistina,1 beg aku
main entrance LCCT...pagi2 subuh da ramai orang
20/2/2012 (Jumaat).....Pagi tue tak bangun pkl 4, tapi 4.30pg, kira lewat ckit...berlari2 mengemas barang,buat susu anak,pakaikan baju anak, tukar pampers anak, pakaikan sweater, pakaikan stoking.... huhhhh...berpeluh2 aku...lambat gak bertolak dr Senawang,plan nak bertolak pkl 5.10,tp 5.40 pg br bertolak. Di sebabkan da lambat, Syanie pn bw selaju mgkn....tapi nasib tak menyebelahi kami....hujan yang tersangat lebat pula ditengah jalan...terpaksalah Syanie bawa perlahan2...lagipun jalan tak berapa nampak. Sampai kat LCCT jam da menunjukkan 6.50am. Berlari2 aku ke kaunter pendaftaran...kat kiosk da tak boleh da sebab da lambat. Aku g check-in, anak2 lak kat dlm keta dgn Syani...Berlari2 aku ke kaunter....mula kaunter 24, pastu kaunter 24 cakap nak check in ke Danang kena p kaunter 45, kaunter 45 cakap lak bkn kaunter dia, tapi kaunter 5....last2 aku marah diorang...aku cakap ,aku da penat nak lari sana-sini, lagipn aku da lambat ...flight tiket dijadualkan pkl 7.30am...aku merayu2 spy settllekn luggage aku....at last, org kaunter setuju tolong aku selepas rayuan dibuat...padahal, aku rasa mcm da nak nangis....dia cakap dia beri masa 15 minit untuk aku settle kn luggage aku(sbb masa tue luggage kat kete Syanie)...berlari2 la aku ke kete Syanie utk ambil luggage..pastu g check luggage,lepas tue baru g kaunter 5 tadi yg berjanji nak tolong aku...nasib baik sempat....huhhh...satu kelegaan bila luggage da lepas....
Area check-in
Aku berlari-2 anak lagi untuk ambil anak plak kat kete Syani....sebab masa tu jam menunjukkan pkl 7.15 am....dlm 15 minit lagi gate akan tutup...so, lepas ucapkan terima kasih kat Syani, aku berlari2 sambil tangan kanan mendokong Dubeis tangan kiri menarik Qistina....Rasa nak lerai tangan-2 dan kaki-2 aku, tapi aku teruskan juga...takut gak gate tutup...kang bagasi sampai vietnam, tapi org nye tak muncul2....nasib baik qistina tak merengek sangat...sampai kat tempat duduk aku terus bagi susu kat diorang...sebagai sarapan diorang,takut diorang lapar....aku memang lapar la tahap maksimum....yelah tenaga yang aku ade digunakan sepenuhnye tuk berlari2 anak ke sana-ke mari....tak le bayangkan tahap kecemasan aku masa tue...aku takut aku nie terlepas flight je...da la flight ke Danang nie ade sekali je sehari....Rupa-2nya flight postpone 1 jam dari yang dijadualkan....lega rasanya....bley la aku bernafas sebentar....

Lepas gate da di buka lebih kurang pukul 8.15 am, aku pn beratur sambil mendokong si Dubeis...Kakaknye menurut je ke mana aku menarik tangannya....semasa on the way ke flight tue,Qistina merengek gak....pas tue aku pujuk dia ,bgtau dia jap g nak sampai flight da...akak jln tau(kira jauh gak berjalan kaki, sebab tue kot dia merengek)...dia mengangguk tanda setuju...Alhamdullillah...nasib baik dia dgr cakap aku, kalu x, pengsan gak aku nak melayan dia....

Sampai kat dalam flight, aku terus duduk kat seat paling depan sekali      ( hot seat)....aku main belasah je,xtengok no seat.....stewardess tak bising pn bila tgk aku duduk kat depan tue...aku duduk dpn supaya senang aku nak p toilet kalu emergency nnti....Sampai kat flight aku terus ikat Qistina, Si Dubeis lak aku pangku dia...pastu terus bagi susu lagi...sambung minum susu yang tak habis diminum tadi....Bagi susu sbb takut nnti masa flight nak berlepas, dia bising lak kalau telinga dia tersumbat. Kita yang dewasa nie tau la kena telan air liur kalu telinga tgh tersumbat, tapi budak2 kecik mana dia tau...so bagi la susu...at least dia menelan sesuatu....
Bila flight da sampai atas, baru aku buka seat belt Qistina dan duduk kn Dubeis sorang2 kat kerusi...barula aku boley bernafas panjang....terus order makanan sebab memang da lapar sangat...aku order nasi ayam. Air pula aku ade bawa (air kotak dutch lady)..anak2 aku biarkan leka bermain,aku pula memenuhkan perut yang sedia kosong dengan nasi ayam ayng aku order tadi... satu kelegaan bila perut da penuh...baru semangat ckit...Selepas satu jam perjalanan, si Kakak berbunyi ‘” Mamaaa, kakak yakk la....”maknanya dia da berak, minta aku cebukkan dia....Mcm mana ye, da le toilet tue kecik...mula2 aku cuba nak tinggalkan si Dubeis tu kat kerusi sambil aku cebukkan kakaknya, tapi bila dia nampak je aku nak tinggalkan dia, dia melalak sekuat-kuatnye...terpaksala aku bawa dua2 dlm toilet...si Dubeis aku dudukkan dia kat toilet duduk tue, si Kakak nye aku cuci berak dia guna tisu tandas...habis tisu kat situ aku kejekan...banyak dia yak,sbb tue banyak guna tisu...akhirnya, selesai juga misi aku mencebuk si Kakak dengan jayanya....


Monday 16 January 2012

M.O.M.E.N.T.

Greetings All........

This semester, I have to teach ‘Basic Communication’. I never teach this subject before, but I thought I had learn it during University session….I need to do some preparation and revision before lecture….Yesterday, I get the notes from Pn. Zaini, head of division Telecommunication Technology…And today, I read it. This subject was remembering me to the sweetest memory during creativity and innovation competition at ILP Bukit Katil,Melaka. It was happened 6 month ago and I’m the winner of the competition that I had no dream it at all….

Innovation is something simple and the cost must be cheaper…Even though the product is in the market but it’s still can call ‘inovation’ as long as we do upgrading to the product…. I told my staff, I need an idea. Everyone should responsible if we did not send any project to the competition.The idea is there but the difficulty is to implement and the costing is too expensive….

Every day I count a day and the date of the competition became closer….I’m getting pressured and scared…One day, I got an idea. I wanted to create a product that could reduce our electric bills. I had read about  ‘power factor’ which could help to reduce the bills. Many factory use this concept to maximize electricity usage. If I wanted to implement this idea, I had to create a circuit which include capacitor and inductor. But I need more time to do a research about 'power factor'.How far this concept could give us to reduce our bills...??? Thats the problem and why I need more time to do it....

So, I move to the second idea. It's about ultrasound wave which used to repel insect such as cockroach,rat,ants,lizard and ect. I tried to look ultrasound circuit in the internet, and I found it. I added more resister and LED to make this circuit more compatible and multipurpose to many insect. The ultrasound circuit works by generating a short-range of wave with high frequency where it is impossible to be heard by human ear (less than 20,000 Hertz). This is because the human ear is very limited sensitivity and can’t receive high frequency volume. In contrast, insect are able to hear well in ultrasonic sound frequency from 25,000 Hz and above. 
Frequency Range for Ultrasound wave from 20 kHz and above...

Friday 6 January 2012

HRMIS OH HRMISSSS…………..


Salam buat semua…

Sekarang nie mmg sibuk sangat melayan HRMIS…keje yang boleh dilakukan dalam 2 hari, tapi memakan 1 minggu dek kerana kelembapan dan ke’slow’an server HRMIS nie……mlm nie kena berjaga mlm sbb nak buat penilaian SKT utk staff…ade 5 org staff bawah saya yang kena nilai….Emmm…susahnya nak menilai orang nie…takut tersalah nilai, or ter’BERAT’ sebelah laaa…Walaumacammanapn, tanggungjawab tetap tanggungjawab…kena nilai gak……Penilaian yg dibuat perlulah berdasarkan kerja yg mereka buat…bukannya markah terbang …..or kerana nak SENANG keje, bagi sume markah 97  (kalau macam tue,yang keje main2 sukalahhhhh…keje main2 pn le dpt 90 and above). Inilah pengorbanan seseorang yang bergelar KETUA tapi staff bawahan tak nampak….berjaga mlm utk menilai staff nye…terpaksa lak memerah otak nak menilai staff nie…berperang dgn mata lak spy tak mengantuk…
“Ya Allah…kuat kanlah mata nie untuk berjaga malam ini supaya aku boleh menilai staff ku dan berilah hambamu ini petunjuk dan kemudahan agar hambamu dapat menilai staff bawahan dgn adil dan saksama…Aminnn…..”

Semoga berjumpa lagi.........