Friday 16 December 2011

Private ke Gomen....? - Part 2


Salam buat semua..........

Lama rasanya tak update blog nie…sibuk sangat dengan lesson practice (teori n amali).Minggu last kat CIAST nie pula,hubby balik n bercuti selama seminggu….lagila cbuk jalan ke sana dan kemari…konon2nya ‘family holiday’. Boleyla juga dikatakan family day, kami pergi ‘A Famosa’. Enjoy la juga. Macam2 ada kat cnie. Kami sempat pergi 3 Park only ; A Famosa Water World, A Famosa Animal Safari dan A Famosa Cowboy Town.First time g, tue yang enjoy gila….

Saat akhir menghabiskan kursus VTO di CIAST nie,memang kelam kabut…Apataknya, ade la pula PPL yang akan verifikasi kami pnye VTO.Macam2 dia tanya tentang pembelajran kami di CIAST…takut datang kursus nie main-main je…tapi kami dapat menjawabnya dengan jayanya bersaksikan PPL(Pegawai Pengesah Luaran). Saat paling sedih, bila nak berpisah dengan kengkawan…memang tangkap leleh la….berjuraian airmata, bermakna sudah habis masa kami bersama dan akan balik ke institut masing-masing menunaikan tugas hakiki kami sebagai pendidik bangsa.

Last Day bersama-2 rakan VTO....9 Disember 2011

Menyingkap kembali  pengalaman saya masa melahirkan anak yang no.2 nie…memang banyak kisah lucu…Disebabkan hubby xde disisi, saya ambil cuti awal 2 minggu(takut lak terberanak sorang2 kat Melaka nie)…selepas seminggu bercuti,saya rasa sakit-2 kat perut saya…mcm tanda2 nak beranak..rahim mengecut, mengembang dan mengeras sekali-kala dan kadang-2 kerapkali juga…terus g klinik kesihatan check takut2  memang tanda2 nak beranak….doktor check, dia tgk da terbuka 2 cm, terus dia issue suh g hospital jempol(tue je la hosp. yg dekat dgn kpg saya). Sampai sana , saya admitted ward bila rahim menunjukkan contraction yg amat kerap..malam tue memang baring sambil golek2 menahan sakit sebab contraction…tidur memang tak lena la malam tue. Yang peliknya esok pagi lepas sembahyang subuh boleh lak gelak tawa macam xde pape pn yg berlaku. Tapi memang xrasa papepn. Perut kembali senyap macam biasa.Cuma kadangkala rasa la pergerakan baby dalam perut, maknanya anak dalam nie ok la…Disebabkan saya rasa ok, Dr suruh balik n rest kat rumah je…lgpn due lmbt lagi (1 week to go). Tapi memang lucu sbb mlm tadi da golek2 tahan sakit, bila tiba siang boleh kembali macam biasa.sape yg tak pelik….hubby memang risau, cepat2 dia booking flight ticket utk balik m’sia…takut2 tak sempat nak tgk anak yg no.2 nie lahir….

Bila dia smpai m’sia, saya yang ambil dia kat airport,tapi adik yg drive,saya duduk sebelah je…..siap boley ambil hubby kat airport lagi walaupun tgh sarat mengandung masa tue..maknanya due memang lambat lagi…on the way balik jempol, hubby belanja makan durian kat nilai (saya memang suka sangat makan durian) makan sampai tak ingat dunia, sampai berpeluh2 malam tue…hubby senyum je.dia paham wife dia mmg suka makan durian, sbb tue boleh makan sampai 2 biji seorang diri….anak yang lahir nie sure suka makan durian juga….dah 4 hari hubby balik, tapi still xde tanda2 nak bersalin.kengkadang memang ada rasa perut nie semacam je, tapi tiba-2, dia macam biasa balik…(dalam hati nie memang xsabar2 nak tgk si kecil dalam perut nie)macam mana rupanya agaknye ye….lagipun hubby memang ambil cuti 1 minggu je, ahad da balik sana.so, nak tak nak,kena bersalin sebelum dia balik kerja..(sebenarnya,takut bersalin sorang2,kalu hubby di sisi,rasa semangat ckit)

Suatu hari, hubby bersuara  ‘Yang, kalu kita induce macam mana,Ayang berani tak’.Saya terdiam.Dalam hati memang kalu boley nak kuarkan si kecil ni awal,da xlarat nak bawa dah,tidur pn xselesa.(memang x selesa terutama time tidur terganggu) berbeza bawa baby boy dn girl nie, baby boy, rasa berat dia lebih.orang cakap boy nie berat dia kat tulang, girl lak kat daging.sebab tue lain ckit….’Emmmm…..kalu abang disisi, ayang memang berani ckit walaupun di bedah’, aku bersuara…’kalu macam tue,kita g petang nie ekk,abang siap2 kan barang dulu k’,hubby bersuara pula. Dalam hati memang berdebar2 nak bersalin, sbb org kata induce nie lebih sakit, tak macam sakit bersalin normal. So, petang tue dalam pukul 5 kami bertolak ke senawang.hajat di hati nak bersalin di Senawang specialist Hospital-SALAM ( private hosp). kalu gomen memang xkan sewenang-wenangnya akan induce…kalu due dah lambat seminggu , baru le, kalu x, memang xkannnn…kalu nak,kena buat kat private.So, kena la sediakan budget lebih ckit(dalam RM2-3k).Bagi saya, saya rela berhabis ribu-ribuan, asalkan hubby ada disisi semasa lahirkan si kecil nie.tak mampu rasanya menanggung sakit sorang2 kat labour room….

Sampai  SALAM, kami di bawa ke wad,Dr scan,dan mendapati baby menghadap luar...sebab tue contraction akan berlaku tetapi ia hanya sebentar dan kembali normal.Memang baby  nie akan di induce juga akhirnya.So,Dr check pula pintu rahim,memang tak terbuka langsung….So,dia memasukkan 1 ubat induce dalam pukul 6.15 petang….mula-2 memang xrasa papepn, tapi dalam pukul 9.30pm,masa hubby pinpin dan bawa jalan makan angin sekitar hosp, barula rasa sakit…sangat kerap dan sangat sakit…..pkl 10.15pm Dr suruh masuk labour room..waktu memg da sakit sgt..mmg betulla kata orang,induce mmg lagi skt berbanding bersalin normal…memang puas menahan sakit…hubby lak mengurut2 badan bagi lega sakit…org kata kalu induce nie,kita tak banyak rehat…asik dok menahan sakit je…bila Dr masukkan air, lagila kekerapan sakit lagilah terasa….sampai kengkadang rasa mcm memang tak tertanggung je..rasa nak bagi ckit je kat hubby kat sebelah…pkl 1.05am akhirnya terbuka juga pintu rahim 10 cm…waktu tue,belum Dr. suruh aku teran, aku dah teran dulu dah…sbb sakit teramat sangat, air ketuban pecah pnnn masa kepala baby dah kuar….pelik ckit yang ini, tapi proses mengeluarkan si kecil nie mmg sgt cepat…hanya dgn 2 kali teran aje da kuar dah…and dgrla tangisan bayi yang kutunggu selama ini…

Semasa kat hospital, hubby lah yang menjaga ku…Saya banyak hilang tenaga + darah…dialah yang menguruskan ku 24 jam di sana, dari mencuci darah, meletakkan ubat luka, membawa ke bilik air…semuanya diuruskan nya…sayangnya dia pada ku…memang betul2 nampak dari gayanya menguruskan ku…tanpa keluhan dari mulutnya,tapi ucapan terima kasih dan sayangnya pada ku kerana melahirkan zuriat untuknya….dalam hatiku, betapa mengucap syukur kerana di jodohkan dgn lelaki yang betul2 menyayangiku selari dgn kata-kata dia…..’Abang sayang knnn Ayang sangat2 tau…Xde wanita yang abang Sayang selain daripada isteri dan juga emak abang’. Anak yang no.2 nie montel juga, Cuma kecik ckit dari yang sulung (3.55kg)…tgk keadaan mukanya yang herot ckit dgn kerutan di dahi…nampak sgt memang dia telah di paksa keluar dari perut ini yg lebih aman dan damai baginya….
wajah Dubeis beberapa minit selepas dilahirkan. Dahinya agak berkerut sedikit kerana dipaksa keluar..

with my hubby tersayang bersama-sama Dubeis yang baru dilahirkan....
Jika dibandingkan service gomen dgn private adalah sama…Cuma dari segi penjagaan dari org yang tersayang adalah lebih diperlukan…kalu di gomen, pelawat hanya boleh melawat pada masa tertentu sahaja,private pula 24 jam boleh jaga pesakit….di sini la kelebihannya bersalin di private nie…kita dapat penjagaan dari yg tersayang pada bila-bila masa kita perlu….xdela kita keseorangan semasa sakit dihospital…itu yg saya suka, yang lainya adalah sama…so, bagi sesiapa yang baru pertama kali nak melahirkan anak, saya lagi prefer private, tapi kenala sediakan budget lebih ckit….simpan duit dari awal mengandung supaya budget nak bersalin kat private mencukupi….

Semoga berjumpa lagi di lain entry…..Wassalam………..

3 comments:

  1. Assalammualikum, nak tanya berapa yer kos bersalin di hospital slam senawang tu? plan nak bersalin kat sana pulak tahun nie. tq

    ReplyDelete
  2. kalau bersalin normal, kos dalam RM2000-RM2500, tapi kalau operate mahal ckit.kena spend RM6-7k juga

    ReplyDelete
  3. salam, nk tanya lg..haritu masa akk kena induce, berapa total charge drpd hospital SALAM?

    ReplyDelete