Friday 20 April 2012

My Home Sweet Home....Part 1

Salam....

Huuhhh....Penat masih terasa hingga ke hari ini. Minggu lepas bertungkus-lumus mengemas rumah baru di Melaka...

Ahad (25/3/2012).....Husband di jadualkan tiba di airport pukul 2.00 ptg. Aku pula drive dari kampung halaman di Jempol, Negeri Sembilan( berada di Jempol sebab masa tue dapat mc selama 1 minggu daripada KPJ Hospital..hehe...baru kuar hospital sebenarnye dek kerana demam panas yang tak surut2 ,pening kepala, badan menggigil,badan tak bermaya dan tak selera makan).Orang tengok aku pn takut je.dengan mata bergelang hitam yang memang ketara menunjukkan aku memang tak sihat + jalan terhuyung-hayang + badan semakin susut+ muka pucat.So, kat KPJ Hospital ,aku kena drip water selama 3 hari baru badan rasa sihat dan kuat. Demam pn da kebah + da selera makan ckit. Takut juga bila dikenang kembali kata Dr. yang syak aku nie ade denggi....rasa ngeri je. Nasib baik bila cek darah aku tak de pape....alhamdulillah..........



So, masa laki aku balik, aku sebenarnye masih dikategorikan ‘TAK SIHAT’. Still pening2 kepala gitu. Senang cerita, demam da kebah, tapi badan still x sihat sebab makan still lagi kurang ber’SELERA’.Tapi, alhamdulillah, hari Jumaat tue( 30/3/2012) Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk aku menolong Husband aku pindah rumah.
Kat sini aku nak cerita kenapa hari Sabtu berikutnya(31/3/2012) baru kami berkesempatan nak pindah ke rumah baru.  
 1. Plaster ceiling masih ‘IN PROGRESS’ sebab baru start buat hari jumaat lepas(23/3/2012) iaitu lepas habis buat wiring. Bila tanya tokeh dia bila boley siap, dia cakap ‘ Wa rasa aaa, hari Khamis baru siap ooo’. Alamak....macam mana nie...padahal dalam perancangan, hari Jumaat nak pindah barang ke rumah baru.Tue yang terpaksa postpone ke hari Sabtu.

2.Grill pun tak siap lagi. Orang bissness nie memang, masa mula-2 cakap bukan main, dalam 3 minggu bley siap, tapi nie da hampir sebulan lebih still tak siap2. Nasib baik baru bayar deposit 30%.kalu tak, lagi lambat la dia siap. So, dia cakap hari Jumaat nie br bley pasang grill.
3.Di sebab kan plaster ceiling lambat, so pemasangan lampu dan kipas pn lambat. Terpaksa dibuat hari Jumaat juga. Kami bagitau kat org wiring tue, kami nak hari Jumaat juga siap. Alhamdulillah...siap juga 1 hari walaupun macam2 badai yang melanda.
Hari Jumaat juga baru nak cari aircond dan ambil kipas. So,hari tue beli, hari tue juga pasang.
4.Disebabkan hari Sabtu baru pindah, aku pnn santai2la kemas barang kat rumah lama di Taman Tun Raha, Bukit Katil. Lagipn aku masih tak sihat. So, kemas ckit2, lama2 siap la tue.Alhamdulillah...Allah mempermudahkan jua kerja kami....memang siap juga mengemas hari Jumaat tue.  So, hari Sabtu tinggal angkat barang ke lori je la.
Rumah sewa kami di Taman Tun Raha
Satu masalah kami, rumah baru masih tak dibersihkan lagi, masih tak di mop dan tak dibasuh tapi da nak angkat barang. Call pencuci rumah, hari Jumaat sume nye full, so nak tak nak, kena la buat sendiri. So, pagi2 Sabtu tu husband bangun awal dan terus mengemas rumah sana walaupun tak sume dia sempat kemas. Tapi ok la daripada tak mengemas langsung.

Lori sampai awal betul. Janji pukul 9.00pagi,tapi 8.30pagi da terpacak depan rumah. Terkedek-2  aku menyiapkan diri dan anak2. Husband lak masih kat rumah baru. So, aku la yang handle angkat2 barang. Arahkan orang mengangkat mana yang perlu. Tapi aku memang kesian kat orang angkat barang nie. Memang nampak penat sangat diorang nie.Almaklumla,barang banyak sangat walaupun rumah sewa je. Orang kata ‘ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Tapi nak buat camne, nak taknak kena angkat juga. So, habis angkat barang, kami pelawa diorang makan dan minum, kesian betul aku tengok,nampak letih sangat mengangkat barang. Nampak satu senyuman yang lega dari muka setiap orang selepas kami pelawa makan. Kami telah memberikan wang tambahan sebanyak RM200  daripada nilai yang kami janjikan sewaktu perbualan dalam telefon. Kami beri lebih sebab kami rasa they deserve for it. Langsung tak mengeluh walaupun barang banyak dan berat.

Apabila lori angkat barang tu meninggalkan kami, maka bermulalah operasi kami mengemas rumah. Pukul 4.00 ptg nie, Bedroom set untuk master bedroom akan sampai. Nak tak nak kena clearkan juga tempat laluan mereka. Senang mereka nak buat keja nanti. Sambil2 tu aku mengemop la lantai mana yang tak mop lagi. Tepat jam 4, lori tue pn sampai. Terkedek-kedek mereka mengangkat barang ke bilik master bedroom. Paling kesian masa mereka angkat tilam. Memang berat dan besar (tilam king la katakan). Sampai satu ketika, aku terdengar org pasang bedroom set bergaduh. Tapi kejap je. Lepas tue, senyap balik. Da baik la tue. Lastly, siap juga mereka pasang Master set bedroom tue+ cabinet TV+ divider+ kerusi rehat.
Lepas mereka da blah, aku sambung balik mengemop lantai. Lantai memang kotor, sana cni habuk kapur sampai rasa perit kaki nie. Nak tak nak kena mop juga sampai bersih. Husband lak g kuar settlekn bill wiring. Habis settlekn bill, balik rumah lama dan bersihkan pula. Tak nak la kotor2 pastu bagi kat Tuan rumah. Sebabnye masa kami ambil rumah tue pn, dalam keadaan bersih. Malulah plak kalu bagi rumah dalam keadaan kotor. Lagipun pakcik tue baik, kadang2 suka bagi buah-buahan kat kami. Lepas habis kemas rumah sana, balik rumah baru kami, pasang langsir pula. Akupn tolong sekali. Malam tue husband dan aku tertido keletihan.

Ahad(1/4/2012).Pagi-pagi lagi kami da bangun. Sambung balik aktiviti mengemas rumah sehinggalah pukul 1.00 pagi( kira masa nie memang sume da dibersihkan la, baru nampak macam rumah and selesa ckit). Anak pn sama 2 tido lambat. Kami tido 2 jam je. Pukul 3.00 pagi kena bangun  sebab flight husband pagi, so, kena sampai airport pukul 6.00 pagi. Pastu saya balik semula  ke ILP Pedas (pkl 7.00 pagi sampai cni). Bermulalah aktiviti rutin ku dengan anak berseorangan tanpa husband disisi. Bagiku, walaupun minggu aku bercuti seperti terasa tak bercuti, tapi satu kepuasan timbul kerana sume kerjaku da settle. Rumah pn da bersih. So, aku xdela penat sangat nak mengemas bila hubby takde.

K, semoga berjumpa lagi dilain ‘POST’...Wassalammmm...............




No comments:

Post a Comment