Sunday 22 January 2012

Family Vacation : Danang,Vietnam.........Part 2


21/1/2012 ( Sabtu)..........Aktiviti meneroka bumi Danang,Vietnam bermula pada pukul 9.00 pagi. Tapi pagi tue kami jalan2 ambil angin pantai resort. Lepas tue , breakfast di Alamanda Restaurant. Janji dengan driver untuk ambil kami pukul 8.30 pagi, tapi lambat setengah jam sebab nak uruskan anak2. Nasib baik driver tue tak pegi mana-2...standby je kat area hotel.

Hari nie kami plan nak pegi De bana Hills (ade cable car kat sana...orang kata tempat kat situ best,cantik dan sejuk sikit)...aku memang da prepare sewater untuk anak2 dan aku takut kesejukan lak kat sana. Baru sampai area paking De Bana Hills, da terasa halwa sejuk nye.. aku terus pakaikan sweater. tapi tempat dia memang cantik dan bersih. Qistina lak masih tido, takut lak nak kejutkn dia..nnti mengamuk. So ,aku teman dia kat dalam kereta...Dubeis lak husband bawa sekali tuk beli tiket tuk naik cable car..Kami memang tak bawa  stroller...dukung je selagi boleh...Lepas da beli tiket, husband kembali....dia cakap kena standby kat sana...takut terlepas lak naik cable car. Qistina yang masih tido dia yang dokong, dubeis aku dokong...bukan ape,aku memang tak larat nak dokong si Kakak, biar la husband aku yang dokong...

Lama gak menunggu cable car nie...sambil2 menunggu, berkenalan la dgn org vietnam...dia fasih berbahasa inggeris..seronok sikit berborak. Mgkn faktor dia berasal dari Ho Chi Minh, sbb tue dia fasih English. Kalau kat area cni area kampung, memang susah ckit nak cari orang yang fasih berbahasa inggeris...tue yang susah ckit...driver yang kitorang ambil boleh dikatakan ok ckit english dia...senang cakap, boleh diterima la english dia,walaupun kengkadang susah juga nak faham, dia ckp english masih terbawa bahasa vietnam..ade kap..kap gitu...alaaaaa..mcm org thailand cakap la.... Berbalik pada org ho chi minh tadi, dia guest aku org Malaysia...aku angguk tanda setuju...Aku berborakla tentang Malaysia dan dia berborak pasal negara dia....aku tanya dia “ Have you visit Malaysia’...Di geleng kepala.’ Maybe One day I should come Malaysia. I’m so excited When I heard your story about Malaysia’...She reply...Bila pintu gate cable car da buka, she said goodbye and hope to see u again....I reply...me tooo...sambil melambaikan tangan....



Anak aku,si Qistina nasib baik mood dia da ok...tak mengamuk lagi. Bila da masuk cable car, lagi dia excited melihat kiri kanan. Sambil2 tue kami bergambar lagi dalam cable car.......................Halwa sejuk menusuk ke tulang. Macam dalam salji lak rasa...Aku takut anak aku selsema...Vicks memang da standby...takut gak hidung kakak tersumbat lagi....dalam setengah jam kami sampai station yang pertama sebelum naik cable car  ke station 2. Tapi cable car gate tak buka lagi...So, kami jalan2 la area ctu...Banyak tempat2 da ditutup disebabkan public holiday...kalau tak, mesti cantik...aku tengok dalam pamplet, banyak tempat leh gi..alaaa...mcm kat disneyland tue, tapi ditutup sebab public holiday..kiranya hari nie perayaan besar masyarakat kat cni...so,ramaila cuti keje nak beraya bersama family....Ade gak tempat yang masih dalam renovation dan dalam pembinaan...

Bila da pukul 11.00am...kami kembali ke cable car gate untuk pergi ke next station...orang kata tempat kat sini lagi cantik...ala ala spanish gitu...so kami ambil la gambar-gambar menarik kat atas...Kakak dan adik suka sangat sambil2 main kejar2 antara mereka...

Pukul 12.30...kami kembali ke cable car untuk kembali semula ke bawah untuk makan tengah hari...waktu tu perut da berkeroncong tanda lapar. Sampai kat bawah, kami bergambar area air terjun dan singgah dulu kat area Go Sa Mui, tengok tempat menarik kat sana. Sambil2 tue call driver utk pick up kami kat sini untuk balik resort for lunch. Sampai resort, jam da pukul 3.00 pm. Qistina da tertido keletihan . Si Dubeis pula, terjaga dan terus segar bila diangkat ke bilik. So, kami makan lauk yang kami beli kat Malaysia ( lauk pack dalam kotak keluaran aliff: ayam masak kurma). Kalu da lapar, sedap aje. Sampai licin kami kejekan. Si Dubeis pn makan sekali. Lepas tue keje dia meneroka bilik tue...angkat telefonla, main suis lampu la, tolak kerusi la...macam2 dia buat....lantakla...asalkan ko jangan melalak sudah, tue yang aku tak tahan tue....Lepas makan, kami terus sembahyang dan mandi untuk meneruskan aktiviti malam kami di Hoi An.

Janji dengan driver pukul 5.00ptg,tapi lambat satu jam sebab tunggu si kakak ni bangun.tak nak kejutkan dia,nnti mengamuk,nak kena pujuk pula. Da pkl 5.45 dia tak bangun lagi. Aku pn perlahan-lahan bangunkan dia,sambil tu cakap kat dia, “akak nak ikut papa & mama g jalan2 lagi tak. Kali nie kita naik basikal. BEST kakak.kakak nak ikut tak”.Perlahan-lahan dia anggukkan kepala....maknanya mood dia ok. Mgkn sbb tido cukup. Aku bergegas2 mandi kn dia and then terus pakaikan baju. Husband tunggu kat bawah dengan si Dubeis. Bila aku sampai kat bawah, van da standby nak ambil kami. Perjalanan mengambil masa 45 minit dari penginapan kami. Kali nie, perjalanan di teruskan ke Hoi Ann yang di katakan Syurga Lampu. Memang betul, kat sini memang banyak lampu. Memang mewah dengan lampu. Patutla orang gelar dia ‘Syurga Lampu’. Kami di bawa menyusuri Japanese town dan berhenti di tempat di mana ade kumpulan beca yang akan membawa kami berjalan2 sekitar Hoi An. Persekitaran Hoi Ann nie macam kat Melaka, tapi disini lagi meriah dengan lampu-lampunya, dan motosikal yang lalu lalang, beserta orang berniaga di kaki –kaki lima jalan. Perayaan New Year yang disambut sama seperti orang cina Malaysia sambut ,Cuma bezanya mereka menggunkan pokok matahari atau pokok bonzai sebagai tradisi perayaan mereka. Pokok limau mandarin kecik juga digunakan sebagai simbolik perayaan tersebut. Kami di bawa berjalan-jalan sekitar Hoi Ann dengan menaiki beca dan balik semula ke Van kami dengan hanya berjalan-2 kaki. Saje je nak bersantai tengok budaya masyarakat di sini. Di samping itu, dapat beli barang-2 hiasan untuk rumah baru kami nnti. Kami juga ade berhenti seketika melepaskan dahaga di sebuah kafe comel di Hoi An.


Selepas itu , kami lepak di Memory Launch sambil mendengar alunan muzik daripada aussie singer ...... Husband order air tomato dan tembikai beserta buah-buahan. Saje nak nak supper perut dengan buah-2. Kami lepak di sana selama 1 jam sebelum balik semula ke penginapan kami tepat jam 11.30 malam.  Malam tue memang enjoy sebab pegi banyak tempat. Kat Resort, kami makan lauk yang di Pack dlm kotak dan memanaskannya sebagai dinner kami. Memang lapar da sume org. Malam tue kami makan rendang daging yang di pack dalam kotak, keluaran Aliff juga. Memang sedap. Nasib baik bawa makanan dalam kotak, kalau tak, tak tau nak makan ape. Kesemua makanan seperti tak lalu di tekak, rasa was-was je nak makan. Malam tue kami tido agak lewat , dalam pukul 12.30 malam selepas menghabiskan lauk rendang  dan nasi kami.


To be continue POST ‘Family Vacation : Danang,Vietnam.........Part 3’.........

1 comment: