Visit Malaysia

The Legend Resort Cherating,Cherating, Pahang (Mac 2009)
Vacation kali nie, my hubby bawa untuk makan-2 angin je, sebenarnya nak cari angin baru…So, kami xbanyak aktiviti luar, aktiviti banyak bersantai je kat Resort. Masa nie saya tgh pregnant 7 bulan, kiranya masa nie perut da besar, rasa berat sangat kalu nak bergerak banyak. 2 hari sebelum pegi cni, pegi scan 3D kat klinik, doctor cakap baby dah mencecah 1.6kg++ da..Dr menjangkakan baby nie akan lahir mencecah 3.50kg++ jika ikut 2 bulan lagi dari sekarang.Emm…saya tersenyum aje…maknanya anak nie sihat la….makan cukup masa dalam perut…


Mula-2 sampai cni,rasa macam pelik je….dalam internet nampak cantik sangat resort nie, rupa-rupanya resort ni resort lama….tapi masih still OK dan bersih…lagipun, resort nie menawarkan package jakuzi dan sauna sekali dengan penginapan..kira OK la tu….Sampai sana dalam pkl 2 ptg, jadi sampai je hotel, kami rehat2 dulu…lagipun masa pregnant nie suatu yang meletihkan…masa nie kaki dan tangan dah bengkak,muka pun bengkak sekali…kalu biasa kita jalan bawa badan sendiri je, kali nie, kena bawa baby dalam perut…tentunya berbezakannn….

Petang tue teman hubby mandi kolam renang…macam biasalah saya akan menemani hubby berenang…berenang nie memang kesukaan dia…so,kena teman  jugalah…lepas tue baru berjalan-jalan sekitar pantai cherating…Pantai Cherating memang cantik……pantainya bersih dan indah, tapi terlalu bahaya untuk mandi-manda di cni. Saya berendam kat tepi-tepi je….jadilah, nanti kempunan lak.hehe….sambil-sambil tue, bley tgk matahari terbenam…….


Malam tue, kami makan di restoran kat dalam resort tue juga….
Keesokan harinya, dalam pukul 9pagi kami dah berada di tempat jakuzi. Berendam kat dalam nie memang BEST…rasa hangat je…memang sesuai berendam masa pregnant nie…Selepas berjakuzi, kami bersauna pula…walaupun tgh pregnant, aku pun still nak bersauna juga…nak teman hubby…..pukul 11 pagi, kami habis bersauna dan berjakuzi dan terus balik resort dan bersiap-siap untuk balik…

 Percutian kali nie walaupun tak banyak pergi mana2, tapi rasa seronok dan santai je….Resort nie boleh dikatakan murah sebab dia menawarkan sekali package jakuzi dan sauna…so, MEMANG BERBALOI-BALOI…Emmm…Badan rasa penat sangat sampai tertido keletihan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Balik kampong sebab nak ambil air kelapa…Mak cakap, minum air kelapa nie bagus untuk memudahkan nak bersalin…nie salah satu petua orang-2 tua…ikut je la…lagi satu, nanti kulit anak jadi cantik dan gebu…..Betul kot, sebab anak saya masa lahir kulit dia memang cantik…BERSIH,PUTIH & GEBU…

Family Day; Ilham Resort, Pord Dickson (Januari 2009)
Family Day; nie first time buat untuk family saya. Buat kat Ilham Resort, Pord Dickson selama 3 hari 2 malam. Kami Booking Apartment yang besar ckit. Ada 3 bilik di dalamnya, disediakan sekali ruang tamu ,dapur beserta meja makan.Memang cukup selesa untuk keluarga besar macam kami nie (adik-beradik 9 orang, yang da kawen 2orang, 1 orang anak buah)

Malam pertama kat Ilham Resort;
Aktiviti bebas. Kami makan nasi ayam yang dibeli di restoran sekitar Pord Dickson. Selepas makan, aktiviti berjalan-jalan makan angin di sekitar Ilham Resort.Emm...segar rasanye udara malam tue.....

Hari Kedua;
Keesokan harinya ,kami mandi manda kat kolam renang dan sebelah petangnya,mandi-manda di Pantai Pord disckson. Dah lama rasanya tak mandi  kat pantai.Saya pun mandi-manda sekali. Tapi agak berhati-hati sebab masa nie tengah pregnant 5 bulan. So, xle nak lasak-lasak sangat. Kakak sulung ku, Solehah mengajak untuk menaiki banana Boat. Dalam banyak-2 aktiviti, bermain banana boat lah yang paling saya suka...tapi xle nak join sebab tgh preggy. Sedihnye.....terpaksalah jadi jurugambar untuk adik-adikku dan my hubby.Walaubagaimanapun, saya tetap happy bila tgk adik-adik n my hubby sume nye happy tatkala boat membuat pusingan untuk menjatuh semua orang. Masing-masing tergelak kegembiraan....


Malam kedua;
Malam nie, kami plan nak buat barbeque. Semua bahan-bahan telah disiapkan oleh pihak pengurusan Resort, kami cuma tinggal nak bakar je. Sekitar jam 9.00 malam, baru siap bakar. Ada barbeque daging,ayam,udang,ikan , hotdog dan kerang.Seronoknyerrr….da lama xlepak2 mcm nie bersama my family. Kami makan besar malam tue, sambil berborak-2 dan bergelak ketawa…aktiviti barbeque tamat pada pukul 11.00 malam. Selepas tue masing-masing tak sabar nak balik bilik sebab dah penat bermain di Pantai Pord Dickson petang tadi…

Hari terakhir;
Masing-masing pergi mandi lagi ke kolam renang…sampai kecut-kecut tangan dan kaki, baru rasa puas. Pukul 11am, kami da bersiap-siap nak check out…masing-masing tersenyum puas dengan family day kali nie……Seronok rasa…harap-harap dapat buat lagi family day macam nie….di samping dapat release tension kat tempat keje, boleh juga mengeratkan siratulrahim antara kami….Ilham resort memang BEST klu sesiapa nak buat Family Day kat PD….Resort nie sentiasa terjaga dan harganya pun berpatutan ...TERBAIKLAHHHH!!!!

Melawat Mahsuri di Pulau Langkawi (Julai 2008)

Pergi Langkawi dengan Flight merupakan pengalaman pertamaku..... Rasa x sabar untuk menjenguk negeri kelahiran Mahsuri. Perjalanan mengambil masa 45 minit, namun ku rasakan lama sebab ' penantian suatu penyeksaan'. X sabarnya nak sampai Langkawi yang dikatakan indah nan permai tue....
Sampai kat airport Langkawi, kami terus booking satu kereta kancil untuk 3 hari 2 malam. Semuanya RM100 sahaja. So , kami bergerak menuju penginapan kami hanya berpandukan map yang terdapat di Airport Langkawi (actually, kami memang suka travel sendiri je,lagi bebas bergerak walaupun kadangkala sesat juga). Kami memilih resort sebagai penginapan kami di langkawi...
Perjalanan kami bermula dengan berjalan-2 di jeti langkawi. nak ambil gambar helang sbg bukti kami da sampai cni...
Hari kedua...
Pagi-pagi kami da bangun. Bersarapan pagi dan santai2 di tepi kolam renang. walaupun saya xsuka berenang(hehe...sebenarnya xgeti berenang) so, teman hubby je berenang....
Acara jalan-jalan bermula pukul 11.00 pagi. Mula-mula kami pergi Perkampungan Mahsuri..Kat cni kita boleh lihat kampung Mahsuri, Teater Mahsuri, Sejarah Mahsuri yang telah difitnah dan kehidupan Mahsuri.
Selepas itu kami bergerak ke Tempat Sejarah 'Beras Terbakar'. Sesat juga nak pegi cni...mujur ada penduduk tempatan yang dapat bagi direction(tue pun sebab da banyak kali terlajak). Kat cni, ada gak tempat untuk ber'shopping baju dan ole-ole untuk sahabat handai dan family.
Selepas penat berjalan cari ole-ole, kami meneruskan perjalanan ke cable car...sambil-2 tu ambil la gambar tempat yang di rasakan menarik untuk bergambar...
Dalam pukul 3.00 pm,sampai di cable car...memang cantik tempat kat cni.....tapi masih banyak tenpat yang masih 'under renovation'...Kami naik cable car dan berhenti disetiap station.
Sampi di suatu station, kami kena mendaki untuk sampai tempat yang lebih tinggi dan sejuk....memang penat sangat mendaki sampai kena pimpin dengan my hubby untuk sampai kat atas. Tapi bila sampai kat atas, rasa seronok sangat....cuaca sejuk dan angin yang bertiup kuat menambah kesejukan cuaca di cni.
Sebelah malam pula, kami shopping beli choclate dan merasa makan sate Langkawi...Sate Samuri still ' the Best'..... Lepas shopping, balik resort dalam pukul 12 am.Huhhh...penat sangat sampai tertido keletihan....
Esoknya, kami x g mana-mana, just jalan-jalan cari sarapan pagi..dan bertolak ke airport langkawi sebab fligt pukul 1.00 pm...so, kena bertolak awal...Apa yang boleh disimpulkan di cni, langkawi memang Best...so, memang sesuai mana-mana couple yang nak honeymoon kat cni...tak perlu g jauh-jauh nak honeymoon k...
PEACE....


Jom ke Penang (Jun 2008)
Percutian ke Penang (UnPlanned Vacation sbb lps g kenduri kawen kawan kat Penang,lps tu xtau nak p mana), tanpa membawa apa-apa beg kecuali beg tangan. Tidur semalam kat Hotel. Malam tue berjalan-jalan tgk pesta lampu di kedai-kedai kecil di sepanjang jalan di Batu Feringgi. Pemandangan waktu malam memang cantik kat cni. Tapi bila tiba waktu siang, ia seperti kedai-kedai biasa je di cni.
Keesokan harinya, kami bangun awal pagi sebab nak jalan-jalan di sepanjang pantai Batu Feringgi. Kalu lambat bangun nnti panas,da sedap nak jalan2 dipantai. Selepas penat berjalan, kami pekena Mi Udang Penang dan Pasembor. Selepas makan pagi, kami bertolak ke cable train, sebab kalu nak pegi ke Bukit Bendera, kena naik cable train untuk sampai ke sana.
kat Batu Feringgi, masih memakai baju kebaya yang di pakai ke kenduri kawen kawan.
Kami terpaksa parking jauh, sebab dicni kawasan parking amat terhad, pulak tue ramai lak yang nak naik cable train nie. Menapak la jawabnye. Da beli tiket cable train, ada turn pula, kena ambil no.kami punye turn dalam pukul 12.00pm. Sambil-2 menunggu train, kami bergambar la....
Akhirnya, dapat juga naik cable train nie. Lama juga nak sampai ke Bukit Bendera nie. Setiap station sebelum sampai ke Bukit Bendera, kami berhenti. Di hujung station baru la Bukit Bendera. Emm...memang sejuk kat cni. tapi, environment kat cni memang BEST untuk berjalan-jalan. Yelah, sejuk kn, so, kalu jalan penat macam mana pun, tak berpeluh dan xpenat. Kat cni ada restoran,so kami mencuba Laksa Penang. Memang sedap la. Laksa Penang yang paling sedap yang pernah saya rasa. So, cuba-cubalah untuk sampai ke Bukit Bendera nie.
Saya upload beberapa gambar yang kami ambil semasa naik cable train dan semasa di Bukit Bendera:
Dalam cable train


Di Bukit Bendera, Penang

No comments:

Post a Comment