Friday 10 February 2012

K.A.S.I.H. & C.I.N.T.A. jarak jauh

abang with his boss

Salam buat semua,

Setiap cabaran yang datang saya lalui dengan tabah, tapi satu cabaran nie yang saya rasa paling susah untuk saya lalui dan hadapi iaitu cabaran membesarkan anak-anak tersayang. Kenapa saya mengatakan susah, padahal di mata orang lain, saya seolah-olah nampak mudah untuk menguruskan mereka....'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya'. Dah hampir 3 tahun saya hidup berjauhan dengan suami dek kerana batasan kerja yang memisahkan kami. Tanggungjawab membesarkan anak-anak diserahkan kepada saya. Bukan kerana suami saya ini adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi kerana seruan ilahi yang memerlukan suami saya bekerja jauh daripada keluarga. Satu cabaran juga buat suami tercinta di sana, bekerja dan mencari rezeki di negara orang secara berseorangan di sana. Tanpa sokongan isteri dan anak-anak di sisi mungkin juga susah dan sukar untuk suami saya melaksanakan tanggungjawabnya di sana. Walaupun banyak mulut yang mengata tentang kami, tapi saya tau tujuan,sikap dan kasih suami yang tak pernah putus walaupun kami dipisahkan oleh lautan yang besar dan jarak yang beribu-ribu km jauhnya.


project at lampung,indonesia
Teringat lagi saat pengorbanan si suami yang sanggup berhenti kerja di Perak yang memang melimpah ruah rezekinya semata-mata kerana ingin bersama-sama saya bekerja di Melaka. Dia memohon kerja sebagai Guru Sandaran di Melaka. Ternyata satu kebosanan yang amat besar timbul dari riak mukanya bekerja sebagai guru walaupun dia tidak meluahkannya. Apakan tidak,dia sudah biasa dengan kesibukan kerja sebagai engineer di private sector, tapi bila bekerja sebagai guru terlebih banyak pula masanya. Tentunya berbeza bukan. Saya mengerti, hubby saya nie seorang yang sukakan kerja yang mencabar minda dan akalnya. Kerja sebagai guru terlalu mudah baginya. Dalam diam-diam, dia memohon untuk bekerja di Bureau Veritas (BV) ,Singapore sebagai Inspection Engineer. Mungkin mula-mula hanya sekadar mencuba nasib dan market dia. 3 minggu sebelum saya melahirkan anak sulung saya, suami dapat call dari BV Singapore dan telah menawarkan kerja untuknya sekiranya dia lulus dalam interviewnya di KL nnti. Dia meminta pendapat saya tentang offer dan menceritakan benefit kalau dia dapat kerja dengan syarikat tersohor ini iaitu Bureau Veritas, Franch Company. Saya cakap, “ Tak pelah, cubalah dulu. Kalau da lulus interview, baru kita fikir yang seterusnya.”.


project at chulai, vietnam
Alhamdulillah, interview kat KL telah melayakkan dia ditawarkan bekerja di sana. Benifit yang ditawarkan juga begitu mengujakan suami saya. Lulus interview bermakna satu keputusan yang amat sukar perlu saya putuskan jua.“ Tak pelah bang,kalau ini saja cara untuk abang meluaskan pengalaman abang dalam kerja dan mempertingkatkan kualiti kerja abang, ayang rela berjauhan secara sementara dengan abang. Ayang selalu yakin dengan abang yang sentiasa berfikiran jauh dalam setiap apa jua yang abang lakukan.” Di samping itu, kami ada target lain. Kami ada target sebelum kami mencecah umur 30 tahun, dan target itu telahpun kami penuhi kini. Terima kasih ya Allah kerana memudahkan setiap kerja dan harapan kami.

Satu penyakit orang melayu, bukannya merangsang dengan kata indah dan menghiburkan hati ini yang setiap masa berjauhan dengan suami, malah menabur kata-kata yang menghiris hati saya. Cukup pedih. Orang melayu, sifat dengki-mendengki memang tinggi. Mereka sentiasa dengki jika ada yang lebih antara mereka, bukannya mendoakan kesejahteraan mereka. Satu perkataan yang saya belajar, jika kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk seseorang, maka doa itu juga akan berbalik jua kepada kita. Jikalau bukan kepada kita, mungkin terhadap anak-anak dan cucu-cucu kita. Insyaallah.....Tapi Alhamdulillah, Allah sentiasa menguatkan hati ini agar tidak mudah mengalah. Sebaliknya memikul setiap tugas dan cabaran dengan tabah. Inilah liku-liku hidup. Tidak bermakna hidup ini tanpa pemanis kehidupan iaitu cabaran. Prinsip hidup saya, jangan mengalah dalam setiap tugasan yang di beri, tetapi sentiasa memberikan yang terbaik dan mencubanya. ‘Do the BEST, Let God do The REST’.....Dan Allah akan sentiasa bersama-sama hambanya yang sabar dan tabah dalam setiap saat hidupnya. Yang penting kita yakin bahawa Allah akan sentiasa melindungi dan mengiringi hidup hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dan memohon pertolongan dari-Nya.

qis with her new walker
Saat paling getir ialah masa berpisah dengan suami buat pertama kali iaitu masa saya baru 5 hari melahirkan anak sulung saya iaitu Qistina NurAlisya. Tapi saya kuatkan hati sambil mengatakan dalam hati ini bahawa inilah bermulanya kehidupan yang sebenar iaitu hidup yang sentiasa penuh dengan cabaran dan liku. Masa tue bulan Mei 2009. Setiap masa di oversea, hubby akan call malah tak cukup dengan itu menghantar email dan gambar buat saya untuk menyatakan bahawa setiap masa dia akan mengingati saya dengan anak-anak saya( hehe...masa tue tak berapa tau sangat pasal skype nie). Kehidupan berpantang saya adalah tanpa suami disisi dan sokongan hubby adalah melalui talian internet dan telefon. Setelah habis berpantang, bermulanya kehidupan saya bersama dengan anak sulung saya di rumah sewa kami di Bukit Katil, Melaka. Sakit demam dia adalah antara saya dengan dia sahaja dan Allah di hati saya. Anak sulung saya memang lasak, tapi cukup sensitif dalam beberapa perkara. Sangat mudah mengalirkan air mata kalau dia ditinggalkan di rumah pengasuh. Saya selalu mengelak daripada mencium dia selepas menghantar dia di rumah pengasuh, sebab saya tau dia akan menangis teresak-esak sedih hanya kerana di cium oleh mamanya. Saya tersenyum. Emmm...nampak je lasak, tapi sangat touching dan mudah mengalirkan air mata.Very sensitive daughter........

Qistina-7 months old
Selepas Qistina dah 6 bulan, saya disahkan mengandung anak yang no.2. Beratnya kepala nie bila dengar dari mulut Dr. yang mengesahkan saya mengandung lagi. Ya Allah...beratnye dugaan-Mu. Tapi saya anggap ia adalah rezeki yang teramat agung dari mu ya Allah.Saya memang teruk kena morning sickness, tapi saya kuatkan diri untuk datang keje dan menjaga Qistina. Sampai satu tahap masa dia berumur 9 bulan....masa nie dia da makin lasak...memang x mampu rasanya nak menjaganya seorang diri..dengan keadaan diri yang selalu lemah dan pening2....minta bantuan emak di kampung untuk menjaganya....Bermulalah episod kehidupan hujung minggu saya di kampung.Setiap petang Jumaat, rasa tak sabar2 nak berjumpa dengan puteri sulungku itu....perjalanan daripada melaka ke jempol mengambil masa 1.5 hr-2 hr(bergantung dengan traffic) tapi terasa seperti 15 minit dek kerana tak sabar untuk berjumpa dengan anak ku...rindu dan sebak meniti di wajahku setiap kali melihat kelibatnya apabila sampai di pintu masuk kpgku.Rutin balik kpg setiap hujung minggu berterusan sehingga saat saya ingin melahirkan anak no.2 ku...saya ambil cuti awal 2 minggu dari due date....

Selepas habis berpantang anak yang no.2ku, Muhammad Dubeis Uzayr, saya nekad untuk menjaga sendir
hari raya 2011
i kedua-2 anak ku.....Saya sempat bertahan selama 2 bulan sahaja...itupun sebab bila kedua2 anak ku demam...dituruti dengan saya...rasa macam nak pengsan je menguruskan dua orang anak dalam keadaan diri juga tidak sihat...hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui keadaan saya masa tue....Tekanan kerja + tekanan menjaga anak-anak.....Pada satu ketika, saya call mak minta tolong menjaga anak2 ku...walaupun berat hati ini untuk berpisah dengan anak2,tapi ini demi kebaikan dia juga. Penyusuan susu ibu saya teruskan juga walaupun anak no.2 saya di jempol. Setiap hari saya pam susu dan bawa balik ke kpg dengan mengisi susu perah beku dalam ice box. So, setiap hari di kampung masih dengan susu ibu...bermakna kasih saya sebagai ibu dengan anak tak pernah putus melalui penyusuan susu ibu . Anak no.2 saya nie cukup SOFT dari segi perlakuannya, tapi ada ketegasan dalam dirinya.Mungkin apa yang saya alami sebelum nie sedikit sebanyak terdapat dalam diri dia iaitu sifat TEGAS...Kehidupan hujung minggu saya berlaku lagi sehingga anak no.2 saya berumur 1.5 tahun. Dan sekarang mereka berdua dibawah jagaanku.Itupun sebab saya da tak mampu nak berulang –alik lagi antara tempat kerja dengan jempol...PENAT...mungkin sebab usia pn da menjangkau 30 tahun...perasaan jemu dan letih wujud dalam diri nie.

Tahun 2012 adalah tahun terakhir saya hidup berjauhan dengan suami. Apa yang kami impikan dan target telahpun tercapai....So, tahun 2013 saya mahu hidup aman dan damai disamping suami dan anak-anak tercinta.Husband pn da rasa cukup kuat untuk berdiri cukup gagah dalam bidang yang diceburinya. Pengalaman yang dia dapat semasa di overseas cukup berharga sebelum dia kembali bekerja di Malaysia. Kini, kami boleh tersenyum gembira dan berbangga dengan hasil yang kami perolehi berkat kesabaran dan kegigihan kami berdua. Kesenangan yang kami perolehi masa ini adalah berkat pengorbanan saya sebagai isteri dan ibu dan pengorbanan suami saya sebagai suami dan ayah...Kedua-dua antara kami sama banyak berkorban...Walaupun dari mata yang melihat, saya banyak berkorban, tapi jauh dari sudut hati saya tau kesukaran yang dia hadapi semasa berada jauh dari saya dan family......He is LOVING husband & father. Juraian airmata dari suamiku setiap kali meninggalkan kami dan menyambung kerja semula di oversea. Semua yang suami saya lakukan adalah demi kehidupan yang lebih SENANG di masa akan datang untuk saya dan anak-anak.....
with loving mama

lambaian suamiku buat kami sebelum kembali bekerja...

“Ya Allah, tidaklah engkau menguji ku setelah engkau mengetahui kemampuanku.....juga tiadalah kekuatan pada diriku selagi tiada bantuan darimu...Everything is from U Ya Allah....You drove my heart to do it....Thank you very much Ya Allah...........”

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kekilafan diri ku sendiri...sekian....



2 comments:

  1. tough mama...semoga tabah menghadapi hari-2 mendatang...touching bila baca cerita nie....

    ReplyDelete