Saturday 12 November 2011

Private ke Gomen....?- Part 1


Salam buat semua,

Private ke Gomen….? Perkataan yang memang selalu akan berlegar-legar dalam fikiran mana-mana pasangan yang bakal menimang cahaya mata untuk mencari tempat yang terbaik untuk bersalin.Mengimbas kembali semasa mengandungkan yang sulung, saya dan husband memang tak pernah terfikirpun nak menggunakan khidmat hospital swasta. Mungkin sebab kami ni dah biasa berurusan dengan kerajaan , lagipun saya keje dengan kerajaan.So, perkataan ‘private’ xdela dalam hidup kami nie.
2 hari sebelum kelahiran Qistina 
Saya ingat lagi masa hari nak bersalin qistina,anak sulungku (pada 6 Mei 2009)…Pagi tu, saya g keje macam biasa. Tapi memang dah rasa sakit-sakit di bahagian perut. Rahimku sekejap mengeras, sekejap mengembang. Orang kata, ada contraction la walaupun ckit-ckit, tapi kadangkala contraction yang kuat sampai saya terhenti seketika daripada membuat sesuatu kerja. Tapi still bekerja macam biasa dengan anggapan bahawa mungkin anak kat dalam nie tengah main-main….

Bila waktu rehat tengah hari,husband ajak g hantar kereta untuk service kat Toyota Service Centre. So, ikut juga. Jauh juga tempat service tue,ambil masa 30 minit  juga nak sampai sana. Tue pun sebab traffic jam…Dalam kereta, sambil berborak tue, kengkadang terdiam juga sebab menahan sakit akibat contraction. Tapi masa tue masih ingat ianya cuma sakit-sakit biasa je. Husband pun tak terfikir yang tue tanda2 nak bersalin sebab saya masih bergelak ketawa macam biasa. Lepas hantar kereta,g Jusco jap nak beli McD. So, kena jalan lagi.Emmm…jalan je la.

Lepas makan kat McD, terus balik office. Tue pun da lambat ckit, dalam 2.30pm baru sampai. Kat ofis, saya senyap je..yela, asik menahan sakit je…tapi still buat keje macam biasa;menanda paper student. Petang tue, husband jemput nak ambil balik kereta yang da service. So, sampai kat Toyota, saya cakap kat husband, nak tunggu kat kereta je,xlarat nak jalan. Selepas ambil kereta, kamipun balik rumah dengan kereta berasingan. Malam tue, husband cakap teringin nak makan masakan saya sebelum dia bertolak ke Indonesia. So, malam tu,saya masak jugalah walaupun tgh sakit2(hubby tak perasan sangat tgh sakit2, sbb masa nie saya boleh gelak2 mcam biasa). Masak simple je. Nasi goreng + telur mata kerbau. Masa makan nasi (pukul 9.30 mlm,lambat sebab hubby ada keje ckit,tue yg lmbt),saya senyap je sambil berkerut2 dahiku menahan sakit. Masa nie sakit teramat sangat sampai xboleh nak gelak macam biasa. Waktu nie barulah hubby risau. Dia cakap, nie tanda2 nak bersalin agaknya. So, dia call mak dan kakak dia untuk bertanya tanda2 org nak bersalin. Pastu kakak & mak menasihatkan dia spy pergi ke hospital untuk pengesahan.

Hubby pun mengemas baju-baju yang nak dibawa ke hospital….saya kat luar sampai menonggeng2 menahan sakit….pukul 12.30 am baru bertolak ke hospital (lambat ekk, tue pun sebab banyak benda yang tak packing lagi, tue yg lambat, kami nak balik kpg sbb nak bersalin kat hosp.jempol)hehe…kelakar kannn…tgh sakit kuat, boleh plak nak bersalin kat kpg, patutnya bersalin kat hospital Melaka je,dkt ckit. Lgpun, Melaka dgn Jempol bukannya ½ jam ke @ 1 jam, tapi makan masa 2 jam. Tapi sy tetap bertekad dgn hubby nak bersalin kat kpg, dkt ckit dgn mak n ayah..Tapi dalam perjalanan tue, hanya Allah je yang tahu apa yang berlaku padaku…sakit teramat sangat hingga kalu kereta terlanggar pape walau sedikit, sakitnye bertambah-2la sakit…sampai mengalir air mata…

Hingga sampai kat bukit putus, saya bagitau  husband supaya berhenti di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.Tue pun sebab saya xtahan sakit dah. So, hasrat saya nak bersalin kat Hospital Jempol terbatal. Terpaksa bersalin kat  Kuala Pilah. Husband terus pergi kat area emergency dalam keadaan tergesa-gesa. Takut betul dia bila tgk keadaan saya yg menangis tak henti-henti. Tak sampai 2 saat baring kat katil kat Labour room ,saya terus pecah air ketuban( rasa macam satu ketukan kecil untuk memecahkan ketuban). Waktu nie nurse check da buka 6 cm (hehe…maknanya masa dalam kereta tue memang da terbuka 4 cm~5cm la tue,patutla sakit) .Emm...nasib baik sempat sampai kat Hospital. Kalu x, bersalin kat keretala jawabnya..Saat dari pecahnya air ketuban adalah saat aku berperang dengan nyawa sehinggalah terbukanya pintu rahim 10cm (waktu nie rasa lega sangat). Yelah, da tiba masanya untuk kulihat anak yang ku tunggu-tunggu selama ini. Layanan yang diberi di cniku rasa amat mesra dan banyak membantuku sebagai ibu baru. Ternyata cerita2 yang mengatakan layanan di gomen nie tak bagusla, x mesra la…sebenarnya tak benar….
Wajah Qistina selepas 5 minit dilahirkan
Alhamdulillah…saya selamat melahirkan bayi sulungku seberat 3.67kg tepat pukul 4.12 am 7 Mei 2009. Begitu cantik kulit anakku ini, putih bersih dan gebu. Bayiku dilahirkan dengan ditemani my hubby di sisi. Dialah pemberi semangat untukku melahirkan si kecil ini. Dugaan selepas melahirkan anak pula untuk seorang yang sudah bergelar ibu iaitu menyusukannya. Kalu tgk orang lain menyusukan anak, seperti satu kerja yang mudah, tapi bila kita sendiri yang menghadapinya, rupa-rupanya ia suatu yg sukar. Rasa kekok sangat. Anak pula montel. Asik melalak je sebab lapar. Bila x tau cara nak menyusu dgn betul, putting pula melecet…emmm…macam-macam…makin melalak la anakku…sampai satu ketika, datang sorang nurse, ambil bayi saya, dan memberikan susu formula kerana takut baby masuk angin. Barula dia senyap dan tertido kekenyangan.Bila bersalin kat gomen nie memang bagus dan boleh menjimatkan duit, tapi semua benda kita kena buat sendiri walaupun masa tu kita tgh lemah….dgn keadaan kita yang baru first time menjaga anak yang baru lahir tentu sukar jika tanpa ada yang membantu( memang nurse kat cni sentiasa memberikan semangat, kalu husband di sisi ,msti lagi semangat.Yela...gomen nie ada waktu melawat, masa melawat baru le jumpa hubby.tue yang susah ckit)

Kita bertemu lagi pada tajuk ‘Private ke Gomen…? - Part 2’ untuk menceritakan pengalaman bersalin anak kedua dan kenapa saya mengaitkan tajuk ini dengan kisah pengalaman saya….TUNGGU…!!

No comments:

Post a Comment