Wednesday 2 November 2011

Menjaga kandungan semasa hamil.....Part 1

Salam buat semua,


Anak adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun demikian, pembentukan minda dan tubuh yang sihat bermula dari alam rahim seseorang yang bakal bergelar  'ibu' 'mama' 'umi' 'emak' dan pelbagai panggilan lain yang sama ertinya untuk org yang melahirkan insan bergelar manusia.


Saya terpanggil untuk bercerita mengenai kesihatan semasa hamil kerana saya rasa segala-galanya bermula di sini iaitu alam rahim. Jika seseorang ibu itu gagal untuk memastikan diri dan bayinya dalam keadaan sihat, sudah tentu bila lahirnya ke dunia akan menimbulkan pelbagai permasalahan kesihatan dan kekurangan untuk bayi dan juga ibu itu sendiri...




Sejak saya mula-mula mengandungkan anak pertama saya, emak saya selalu mengingatkan saya agar menjaga pemakanan semasa hamil dan mengambil vitamin tambahan yang telah diberi oleh klinik kesihatan seperti asid folik,vitamin  B kompleks, Vitamin C dan Zat besi. Saya memang mengamalkan segala yang telah dinasihati oleh emak saya sebab saya percaya dia lebih banyak makan garam berbanding saya. Sudah tentu dia lebih arif tentang kehamilan. Apakan tidak, dia telah melahirkan 9 orang anak yang juga merupakan adik beradik saya tanpa mengalami sebarang komplikasi semasa mengandung. Tambahan pula, emak saya seorang yang berkerjaya. Walaupun sekarang umurnya sudah mencecah 50 tahun, tapi dia masih kelihatan muda,jelita dan kuat. Senyum tawa masih mengiringi setiap percakapannya dan tingkah lakunya.
Emak bersama dengan dua orang anak ku iaitu Qistina & Dubeis
Kadang-kadang saya cukup merasa sedih sebab dikalangan kawan-kawan malah saudara saya yang masih berfikiran ortodoks .Mereka seolah-olah tidak menghiraukan bayi didalam kandungan yang lebih memerlukan perhatian rapi kerana akan mempengaruhi tahap kesihatannya apabila besar nanti. Sampai ada yang tidak menghiraukan pengambilan 'supliment' yang dibekalkan oleh klinik kesihatan hanya kerana takut 'anak besar'. Rasa nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Kenapa perlu risau anak besar? Sepatutnya risaukanlah tentang keadaan  si dia di dalam perut tu...malah kesihatan mereka. Sepatutnya mereka perlu merasa gembira jika anak mereka besar. Ini menunjukkan anak mereka sihat dan mereka cukup makanannya semasa didalam perut.Kajian juga telah membuktikan anak besar banyak dipengaruhi oleh faktor genetik.


Di bawah ni, saya ingin menerangkan peri pentingnya makanan tambahan atau 'suppliment' yang telah dibekalkan oleh klinik kesihatan Malaysia...
  • Asid Folik - amat penting untuk pembentukan sel-sel bayi. Jika kekurangan asid folik boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi tersebut kerana sel-sel tidak dapat membahagi dengan sempurna akibat kekurangan makan tambahan ini. Ini bermaksud anak anda tidak berkembang mengikut tahap pembesarannya. Selain itu, ia penting untuk perkembangan otak bayi. Asid folik juga terdapat di dalam susu yang disediakan khas untuk ibu hamil seperti EnfaMama A+ dan Anmum Materna.( masa saya hamil anak pertama dan kedua, saya memang kuat minum susu EnfaMama A+.Bertin-tin dah saya minum)
  • Zat Besi(Iron) -Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu yang memerlukan. Iron akan bergabung dengan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembentukan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron boleh menyebabkan beberapa masalah kehamilan seperti mudah letih,mudah mendapat penyakit, mudah tercungap-cungap apabila berjalan,pucat dan lesu,pening, tahap yang teruk:mudah pitam atau keguguran.
  • Vitamin C - ialah antioksidan yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat. Tetapi semasa hamil, vitamin C amat diperlukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik oleh tisu-tisu badan bayi. Semasa kita hamil, kita adalah dilarang untuk minum teh atau sebarang minuman berbentuk ' cafein' kerana ia akan mengurangkan tindakbalas Vitamin C seterunya mengurangkan tahap penyerapan Asid folik dan Zat besi.
  • Vitamin B Kompleks- penting untuk penggunaan karbohidrat, lemak dan protein. Ia membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung kembali normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin ini bagi membolehkan badan kita bekerja kerana ia akan berfungsi sebagai pembekal tenaga.Kekurangannya boleh menyebabkan kulit kering,daya tahan tubuh berkurangan, keletihan, lemah badan, hilang selera makan, gangguan tidur, sembelit dan gangguan mental serta emosi.
Semoga bertemu lagi pada tajuk 'Menjaga kandungan semasa hamil...Part 2'

No comments:

Post a Comment