Saturday 12 November 2011

Private ke Gomen....?- Part 1


Salam buat semua,

Private ke Gomen….? Perkataan yang memang selalu akan berlegar-legar dalam fikiran mana-mana pasangan yang bakal menimang cahaya mata untuk mencari tempat yang terbaik untuk bersalin.Mengimbas kembali semasa mengandungkan yang sulung, saya dan husband memang tak pernah terfikirpun nak menggunakan khidmat hospital swasta. Mungkin sebab kami ni dah biasa berurusan dengan kerajaan , lagipun saya keje dengan kerajaan.So, perkataan ‘private’ xdela dalam hidup kami nie.
2 hari sebelum kelahiran Qistina 
Saya ingat lagi masa hari nak bersalin qistina,anak sulungku (pada 6 Mei 2009)…Pagi tu, saya g keje macam biasa. Tapi memang dah rasa sakit-sakit di bahagian perut. Rahimku sekejap mengeras, sekejap mengembang. Orang kata, ada contraction la walaupun ckit-ckit, tapi kadangkala contraction yang kuat sampai saya terhenti seketika daripada membuat sesuatu kerja. Tapi still bekerja macam biasa dengan anggapan bahawa mungkin anak kat dalam nie tengah main-main….

Bila waktu rehat tengah hari,husband ajak g hantar kereta untuk service kat Toyota Service Centre. So, ikut juga. Jauh juga tempat service tue,ambil masa 30 minit  juga nak sampai sana. Tue pun sebab traffic jam…Dalam kereta, sambil berborak tue, kengkadang terdiam juga sebab menahan sakit akibat contraction. Tapi masa tue masih ingat ianya cuma sakit-sakit biasa je. Husband pun tak terfikir yang tue tanda2 nak bersalin sebab saya masih bergelak ketawa macam biasa. Lepas hantar kereta,g Jusco jap nak beli McD. So, kena jalan lagi.Emmm…jalan je la.

Monday 7 November 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam



  1.  Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada salur uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba .
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

'Ya Allah, terima kasih  kerana menjadikan Aku seorang wanita dan seorang yang bergelar 'IBU' . Sungguh banyak kebaikan dan kasih-Mu pada hamba-mu yang bernama Wanita ini. Terima KAsih. Semoga hamba-Mu tidak akan lalai dan kufur dengan segala nikmat yang engkau kurniakan....AMIN....'

Saturday 5 November 2011

Menjaga kandungan semasa hamil.....Part 2

Salam Aidiladha…..

Riuh-rendah  dengan suara anak-anakku bersama-sama dengan sepupunya, berlari-lari riang ke sana dan ke mari, menceriakan lagi suasana malam raya aidiladha di Felda Raja Alias 1 ( dulunya dikenali Felda Serting). Walaupun malam raya nie tanpa suami di sisi ( sibuk menyiapkan projek di Chulai,Vietnam)  tapi masih memanjat  kesyukuran kerana di beri kesempatan untuk  menyambut Aidiladha sekali lagi bersama ibu dan bapa tercinta.


Sambil memandang anak  yang no.2(Dubeis) berlari terkedek-kedek mengejar sepupunya, teringat kembali Qistina iaitu anak sulungku  semasa umur sebayanya dah dapat adik. Tapi kematangannya tak membuatkan saya merasakan bahawa dia masih anak2 kecil yang masih memerlukan pemantauan . Mungkin mengerti bahawa Mamanya sibuk dengan adiknya yang baru lahir ke dunia. Bila dibandingkan kembali perwatakan Qistina dengan Dubeis pada umur yang sama, ternyata Qistina jauh lebih matang berbanding adiknya. Dubeis masih sentiasa meraih perhatianku untuk setiap apa yang dilakukannya.


Wednesday 2 November 2011

Menjaga kandungan semasa hamil.....Part 1

Salam buat semua,


Anak adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun demikian, pembentukan minda dan tubuh yang sihat bermula dari alam rahim seseorang yang bakal bergelar  'ibu' 'mama' 'umi' 'emak' dan pelbagai panggilan lain yang sama ertinya untuk org yang melahirkan insan bergelar manusia.


Saya terpanggil untuk bercerita mengenai kesihatan semasa hamil kerana saya rasa segala-galanya bermula di sini iaitu alam rahim. Jika seseorang ibu itu gagal untuk memastikan diri dan bayinya dalam keadaan sihat, sudah tentu bila lahirnya ke dunia akan menimbulkan pelbagai permasalahan kesihatan dan kekurangan untuk bayi dan juga ibu itu sendiri...