Thursday 11 April 2013

Relevankah manifesto Kedua-dua parti Politik (BN dan PR)...???


Terlalu ramai yang memperkatakan mengenai manifesto kedua2 parti…Yeee….lidah sememangnye begitu lembut menutur kata;begitu mudah melemparkan rasa…kalau boleh semua ingin diberi, tetapi sejauh mana impak dan kesannya kepada rakyat Malaysia;hanya diri sendiri yang menilainya….kita punya akal untuk menilai sejauh mana logiknya lidah ahli politik melempar kata:


1)  BR1M: bantuan sebegini memang bagus kerana banyak membantu golongan yang miskin  tetapi punye banyak kelemahannya terutama tentang golongan sasaran, dan bagaiman pula dgn golongan peniaga yang kaya tapi tidak mempunyai slip gaji( mereka yang kaya tapi mengambil juga BR1M tersebut, duit tersebut samada HALAL atau tidak antara dia dgn ALLAH…ibarat seperti mengambil hak orang2 miskin gamaknya), tapi masih diberi kepada mereka…jadi, hasrat menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran tidak sampai kepada tujuannye…tentang gaji minimum RM3000, dan bagaimana pula dengan golongan yang bergaji pokok yg rendah, tapi sebab ‘overtime’ sehingga gaji mereka melebihi RM3000 seperti disyaratkn dlm BR1M, maka gaji mereka dikira tak layak untuk bantuan tersebut….jika kekurangan ini dapat di atasi sebelum bantuan yg lebih banyak (RM1200) diberi, maka duit yang lebih banyak di beri kpd golongan x sepatutnya ambil dapat disalurkan kepada yang betul2 memerlukannya…

2) Pendidikan percuma: sejauh mana kesannya kepada pendidikan di Malaysia????…adakah dengan pendidikan percuma akan melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, lebih berfikiran analitikal, lebih proaktif ,inovasi dan kreatif, dan graduan yang lebih berani dan cekal menongkah arus pekerjaan….atau hanya akan melahirkan graduan yang lebih malas berusaha dan lembab kerana pendidikan percuma sememangnya dalam genggaman mereka?????…pengkelasan mereka yang diberi biasiswa dan tanpa biasiswa akan lebih melahirkan manusia yang lebih berdaya saing kerana akan mencuba yang terbaik  agar banyak penaja yang ingin membiaya pendidikan mereka…kengkadang sedikit pengorbanan akan menyebabkan kita lebih menghargai setiap dari titik usaha kita…dan itulah pengalaman yang akan banyak mematangkan kita……

3) Kereta dan rumah?????..........saya akan pilih rumah…terlalu hangat isu ini diperkatakan terutama golongan muda yang mula memasang angan2 memakai kereta mewah mengelilingi Malaysia…kebanyakan mereka ayang memasang angan-2 ini hanya mementing ego semata-mata seperti 'Biar papa, asal bergaya' dimana biarlah rumah kecik, asal dapat bergaya megah dengan kereta yang diusung ke sana ke mari. Keluar dari kereta mewah dengan lagak dan ego, padahal poket kempis sentiasa. Alangkah bagusnya jika parti politik lebih menekankan dan memperkatakan tentang penurunan harga rumah berbanding kereta….kereta bukanlah suatu keperluan dan ia bukanlah liabliti, tapi cukup sekadar ia adalah kereta yang dapat membawa kita ke arah tempat yang dituju…penurunan harga kereta langsung tak menarik perhatian saya, tetapi alangkah baiknya jika harga rumah yang dapat diturunkan kerana dirumahlah segala-galanya bermula…kasih sayang sekeluarga tersemai di ‘RUMAH’..Jika rumah selesa, mungkin akan tidak ada anak2 yang akan mencari keselesaan diluar. Kita punya banyak pilihan tentang pemilihan kereta….jika tidak mampu, carilah kereta mengikut kemampuan kita…jika ada rezeki lebih, dapatlah merasa kereta import( bagi saya, proton preve sudah cukup mewah jika ada yg menginginkn kereta mewah seperti Honda civic kelasnye, tapi tak mampu dari segi kewangan. body cukup mantap, selesa di bawa berjalan jauh…dan jika ada yang memperkatakan yg buruk2 mengenai proton preve, mungkin mereka hanya merasa di mulut sahaja dan bukannya merasa sendiri nikmatnya. Credit kepada mereka yang berjaya menciptanya.Kepada yang hanya pandai mengata, adakah anda sudah cukup pandai sehingga dapat melahirkan idea yang kreatif dan inovasi seperti ini…????). dan mungkin idea seperti PR1MA perlu diperluaskan keseluruh Negara agar seluruh rakyat dapat menikmatinya tak kira parti mana mereka menyokongnya….

Banyak sebenarnya yang boleh kita perkatakan mengenai manifesto kedua2 parti….tapi cukuplah sekadar di sini…mungkin di masa lain dan kesempatan, akan saya huraikan manifesto seterusnya. Kita punya akal untuk berfikir dan menilai sejauh mana logik tentang manifesto berkenaan….dan jika anda sudah ade pilihannya…Adakah anda sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang ade???….5 tahun bukan suatu masa yang pendek..macam2 boleh berlaku dan tanahair kita hanyalah dipinjamkan oleh anak-cucu kita secara sementara kepada kita…dalam tempoh 5 tahun  jugalah, ade diantara mereka yang akan berkahwin, ade yang akan menamatkan pengajian mereka dan mula mencari pekerjaan, ade yang melahirkan cahaya mata, ade juga yang melewati usia kematangan 20-an,30-an,40-an dan mungkin 50-an… “ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA….? Tepuk dada, tanyalah selera….

No comments:

Post a Comment