Saturday 24 December 2011

9 bulan dalam kandungan....

Apakah perkembangan terbaru bayiku? Sudah tumbuh rambutkah dia? Bilakah kuku jarinya terbentuk?...dan banyak lagi persoalan lain yang timbul semasa fasa mengandung nie.....Saya pun sama sewaktu mengandungkan kedua-dua anakku...perasaan kita adalah sama selagi kita bergelar manusia...lagila kalau pasangan yang sudah lama berkeinginan untuk menimang cahaya mata ini....
Disini saya post berkaitan perkembangan bayi kerana setiap ibu perlu tahu perkembangan bayi yang dikandungnya supaya kita dapat berinteraksi berdasarkan perkembangan bayi kita....
Saksikan juga video  "9 bulan dalam kandungan" yang amat menakjubkan...Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa bagi setiap hamba-2nya.......
Satu bulan :
Bayi anda adalah embrio yang mempunyai dua lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.
    Dua Bulan :
Pada masa ini, saiz bayi anda adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.
       Tiga bulan :
Pada masa ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Empat bulan:
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.
Lima bulan:
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.
Enam bulan:
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Tujuh bulan:
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm(15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.
Lapan bulan:
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunyasudah siap berkembang.
Sembilan bulan:
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.

Video "Sembilan bulan dalam kandungan"

2 comments:

  1. Keajaiban Allah S.W.T tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.....Subhanallahhhh....

    ReplyDelete
  2. suka tengok video yang saudari paparkan.....sungguh menakjubkan kuasa Allah semasa kejadian manusia dialam rahim.....

    ReplyDelete