Saturday 29 October 2011

Cable Tester


Untuk memastikan pemasangan yang dibuat boleh berfungsi dengan baik, kabel perlulah diuji pada ‘cable tester’. Kedua-dua hujung kabel UTP yang siap dipasang dengan penyambung RJ45 akan diuji dengan memasangnya pada ‘Cable tester’. Penyambungan yang baik akan menghasilkan penghantaran maklumat yang baik dan tidak terganggu dengan masalah internet. ‘Cable tester’ akan menunjukkan nyalaan kuning (semua LED menyala) sekiranya penyambungan adalah baik. Setelah kabel diuji adalah bagus, pemasangan bolehlah dibuat samada antara komputer ke hub ataupun router ke hub.


Crimping Tool


Setelah wayar disusun dengan betul dimasukkan ke dalam penyambung RJ45,kaedah seterusnya adalah dengan menyepit kabel UTP pada penyambung RJ45 dengan menggunakan ‘crimping tool’. ‘Crimping tool’ adalah alat yang digunakan untuk menyepit kabel UTP pada penyambung RJ45 supaya ia kekal keutuhannya semasa pemasangan dibuat. Terdapat pelbagai jenis ‘crimping tools’ dengan fungsi pelbagai seperti boleh memotong kabel, mengupas lapisan luar kabel dan sebagainya. ‘Crimping tool’ yang biasa digunakan adalah ‘crimping tool’ yang hanya digunakan untuk memotong kabel dan menyepit kabel UTP pada penyambung RJ45.

Kod Warna bagi RJ45


Kabel UTP yang telah dipotong menggunakan ’cutter’ akan dibuang lapisan luarnya dengan menggunakan ’cable stripper’ sebanyak 1 cm untuk mendapatkan kabel yang terdapat di dalamnya. Terdapat 8 kabel yang terdapat dalam kabel UTP dengan 8 jenis warna ( 4 pasang). Daripada 8 kabel, hanya 4 kabel (2 pasang) yang akan digunakan . Dua kabel( 1 pasang) akan digunakan untuk penghantaran maklumat (Tx) dan dua lagi (1 pasang) kabel untuk penerimaan maklumat(Rx). Walaupun hanya 4 kabel digunakan, tetapi kita tidak boleh membuang 4 lagi kabel yang tidak digunakan kerana kabel-kabel ini akan berfungsi sebagai pembekal voltan. Sementara itu, pin yang digunakan ialah pin 1,2,3,6 dan pin yang tidak digunakan ialah 4,5,7,8.
Pemasangan warna kabel perlulah dipasang dengan betul supaya penyambungan internet dapat berfungsi dengan baik. Setiap wayar dalam kabel disambungkan ke satu pengalir (atau pin) dalam penyambung. Penyambungan cara terus (straight cable) di dalam penyambung RJ45 ini biasanya digunakan pada komputer ke Hub dan Router ke Hub.
Berikut ialah peralatan yang digunakan untuk membuang lapisan luar kabel iaitu ’cable stripper’ dan kod warna pada penyambung RJ45 mengikut standard T568A dan T568B.

Penyambung RJ45.


RJ adalah singkatan dari Register Jack (bicu pendaftar) merupakan peralatan pada jaringan internet dan telefon dengan pemasangan kepala penyambung berdasarkan urutan kabel. Ia digunakan untuk menghubungkan 2 atau lebih peralatan telekomunikasi (bicu telefon) ataupun peralatan jaringan. RJ45 merupakan penyambung yang biasa digunakan semasa membuat jaringan LAN. Untuk menggunakannya, kita harus mempelajari susunan urutan warna yang benar sesuai dengan standard T568A dan T568B.
Dibawah adalah contoh RJ45 yang biasa digunakan dalam sistem rangkaian telefon dan internet.


Kabel UTP

Kabel UTP adalah wayar kuprum yang banyak digunakan untuk penyambungan internet dan telefon di rumah dan bangunan-bangunan pejabat. Kabel UTP itu adalah kabel khusus untuk membuat transmisi data. UTP adalah singkatan dari “Unshielded Twisted Pair”. Ia disebut unshielded kerana sifatnya yang kurang tahan terhadap interferens elektromagnetik dan disebut twisted pair kerana di dalamnya terdapat pasangan kabel yang disusun saling berlilitan antara dua kable.


1. Kategori Kabel UTP
Terdapat 7 kategori kabel UTP tetapi kabel kategori 5 adalah yang paling biasa digunakan semasa penyambungan LAN atau biasa dipanggil sebagai kabel CAT-5. Setiap kategori hanya sesuai untuk pengguna tertentu sahaja. EIA telah membangunkan piawaian mengkelaskan kabel UTP melalui kualiti dan jumlah lilitan. Penerangan terperinci berkenaan kategori kabel UTP adalah seperti di bawah:

  • Cat 1 - di gunakan semasa POST (Plain Old Telephone Service)telefon dan ISDN. Kualitinya adalah untuk penghantaran suara.
  • Cat 2- digunakan semasa rangkaian internet topologi cincin dengan BW 4Mbps.Sesuai untuk penghantaran suara.
  • Cat 3 – digunakan dalam rangkaian data dengan frekuensi melebihi 16MHz atau lebih popular digunakan pada kelajuan 10Mbps
  • Cat 4 – Frekuensi melebihi 20Mhz dengan kelajuan 16Mbps
  • Cat 5 – Frekuensi melebihi 100Mhz dengan kelajuan 100Mbps.
  • Cat 6 – untuk kelajuan 250 Mbps
  • Cat 7 – direka untuk bekerja pada frekuensi melebihi 600 Mhz.

Kelebihan Kabel UTP adalah dari segi kos dan senang menggunakannya. Ia adalah murah, bersifat lentur dan mudah untuk dipasang.Kabel yang ingin digunakan akan dipotong dengan cutter mengikut panjang yang dikehendaki. Berikut adalah contoh kabel UTP yang telah dipasang penyambung RJ45 dan contoh kabel UTP kategori 5 yang telah dibuka penebat luarnya.