Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Bencana besar jika gagal mengawal lidah

"Sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa".Begitulah peninggalan warisan budaya sosial melayu yang memperingatkan setiap individu dalam masyarakat agar peka dengan impak negatif yang berpunca daripada mungkar lidah.
Meskipun pepatah berkenaan sekian lama kita fahami,namun ada kalangan mukmin yang memandang ringan dalam aspek memelihara dan menjaga lidah. Banyak suruhan dan perintah Allah seperti ibadah solat,puasa dan haji mampu kita laksanakan dengan baik. Malah kita begitu komited sekali menjayakan ibadah yang disuruh Allah itu. Tetapi mengapa dalam bab menjaga lidah ini kita menjadi lalai dan pandang sebelah mata sahaja.

Banyak sudah berlaku krisis sosial antara individu yang lain berpunca angkara buruk tutur kata dilontarkan. Misalnya perbuatan mengumpat insan yang lain ataupun mengada-adakan cerita tidak benar. Hal ini jika ditinjau perpekstif psikologi jelas akan meninggalkan kesan kejiwaan negatif. Atas soal itulah awal-awal lagi islam menunjukkan agar umatnya berwaspada dengan kurniaan teragung buat manusia ini iaitu lidah.
Saidina Ali Abi Talib ada berpesan, "Bagi orang beriman,lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan yang sia-sia,sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara yang berhikmah."

Saturday, 24 December 2011

9 bulan dalam kandungan....

Apakah perkembangan terbaru bayiku? Sudah tumbuh rambutkah dia? Bilakah kuku jarinya terbentuk?...dan banyak lagi persoalan lain yang timbul semasa fasa mengandung nie.....Saya pun sama sewaktu mengandungkan kedua-dua anakku...perasaan kita adalah sama selagi kita bergelar manusia...lagila kalau pasangan yang sudah lama berkeinginan untuk menimang cahaya mata ini....
Disini saya post berkaitan perkembangan bayi kerana setiap ibu perlu tahu perkembangan bayi yang dikandungnya supaya kita dapat berinteraksi berdasarkan perkembangan bayi kita....
Saksikan juga video  "9 bulan dalam kandungan" yang amat menakjubkan...Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa bagi setiap hamba-2nya.......
Satu bulan :
Bayi anda adalah embrio yang mempunyai dua lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.
    Dua Bulan :
Pada masa ini, saiz bayi anda adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.
       Tiga bulan :
Pada masa ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Monday, 19 December 2011

Benarkah Orang ikhlas tertindas????

Terpegun sebentar mendengar cerita yang telah diceritakan oleh My-Ex course manager, En.Ahmad Hj.Abdullah. Terpana seketika  dan menginsafkan kerana apa yang diceritakan memang selalu berlegar-legar dalam pemikiran saya sebagai manusia biasa. Mari kita ikuti cerita beliau dan kita sama-sama berfikir………………

Nice to be share from Ahmad  Hj.Abdullah
En Ahmad Hj. Abdullah semasa Hari Penutup VTO & Pedagogy Siri 5/2011-9 Disember 2011 
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,”kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Orgnisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat disitu. Sungguh ,dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Saturday, 17 December 2011

Mata Lalat dan Mata Lebah...(Sharing is Caring)



Mari kita berfikir sejenak tentang dua makluk ciptaan Allah swt ini mudah mudahan kita mendapat manfaat. Semua orang barangkali pernah melihat Lebah dan Lalat, Lebah mungkin susah sikit didapati di bandar bandar besar tetapi tidak susah untuk menjumpai Lalat, ia ada dimana mana. 

Perbezaan dua makluk ini amat ketara iaitu Lalat membawa penyakit sementara Lebah pula membawa penawar iaitu melalui madunya seperti tersebut didalam Al Quran surah An Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah; "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang dan pokok pokok kayu dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia.68. Kemudian makanlah dari semua jenis bunga bungaan dan buah buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang orang yang mau berfikir.69.


Monday, 7 November 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam



  1.  Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada salur uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba .
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

'Ya Allah, terima kasih  kerana menjadikan Aku seorang wanita dan seorang yang bergelar 'IBU' . Sungguh banyak kebaikan dan kasih-Mu pada hamba-mu yang bernama Wanita ini. Terima KAsih. Semoga hamba-Mu tidak akan lalai dan kufur dengan segala nikmat yang engkau kurniakan....AMIN....'