Terlalu ramai yang memperkatakan
mengenai manifesto kedua2 parti…Yeee….lidah sememangnye begitu lembut menutur
kata;begitu mudah melemparkan rasa…kalau boleh semua ingin diberi, tetapi
sejauh mana impak dan kesannya kepada rakyat Malaysia;hanya diri sendiri yang
menilainya….kita punya akal untuk menilai sejauh mana logiknya lidah ahli
politik melempar kata:
1) BR1M: bantuan sebegini memang bagus kerana banyak membantu golongan yang miskin tetapi punye banyak kelemahannya terutama tentang golongan sasaran, dan bagaiman pula dgn golongan peniaga yang kaya tapi tidak mempunyai slip gaji( mereka yang kaya tapi mengambil juga BR1M tersebut, duit tersebut samada HALAL atau tidak antara dia dgn ALLAH…ibarat seperti mengambil hak orang2 miskin gamaknya), tapi masih diberi kepada mereka…jadi, hasrat menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran tidak sampai kepada tujuannye…tentang gaji minimum RM3000, dan bagaimana pula dengan golongan yang bergaji pokok yg rendah, tapi sebab ‘overtime’ sehingga gaji mereka melebihi RM3000 seperti disyaratkn dlm BR1M, maka gaji mereka dikira tak layak untuk bantuan tersebut….jika kekurangan ini dapat di atasi sebelum bantuan yg lebih banyak (RM1200) diberi, maka duit yang lebih banyak di beri kpd golongan x sepatutnya ambil dapat disalurkan kepada yang betul2 memerlukannya…
2) Pendidikan
percuma: sejauh mana kesannya kepada pendidikan di Malaysia????…adakah dengan
pendidikan percuma akan melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, lebih
berfikiran analitikal, lebih proaktif ,inovasi dan kreatif, dan graduan yang
lebih berani dan cekal menongkah arus pekerjaan….atau hanya akan melahirkan
graduan yang lebih malas berusaha dan lembab kerana pendidikan percuma
sememangnya dalam genggaman mereka?????…pengkelasan mereka yang diberi biasiswa
dan tanpa biasiswa akan lebih melahirkan manusia yang lebih berdaya saing
kerana akan mencuba yang terbaik agar banyak
penaja yang ingin membiaya pendidikan mereka…kengkadang sedikit pengorbanan
akan menyebabkan kita lebih menghargai setiap dari titik usaha kita…dan itulah
pengalaman yang akan banyak mematangkan kita……
3) Kereta dan rumah?????..........saya akan pilih
rumah…terlalu hangat isu ini diperkatakan terutama golongan muda yang mula
memasang angan2 memakai kereta mewah mengelilingi Malaysia…kebanyakan mereka ayang memasang angan-2 ini hanya mementing ego semata-mata seperti 'Biar papa, asal bergaya' dimana biarlah rumah kecik, asal dapat bergaya megah dengan kereta yang diusung ke sana ke mari. Keluar dari kereta mewah dengan lagak dan ego, padahal poket kempis sentiasa. Alangkah bagusnya
jika parti politik lebih menekankan dan memperkatakan tentang penurunan harga
rumah berbanding kereta….kereta bukanlah suatu keperluan dan ia bukanlah
liabliti, tapi cukup sekadar ia adalah kereta yang dapat membawa kita ke arah
tempat yang dituju…penurunan harga kereta langsung tak menarik perhatian saya,
tetapi alangkah baiknya jika harga rumah yang dapat diturunkan kerana
dirumahlah segala-galanya bermula…kasih sayang sekeluarga tersemai di ‘RUMAH’..Jika
rumah selesa, mungkin akan tidak ada anak2 yang akan mencari keselesaan diluar.
Kita punya banyak pilihan tentang pemilihan kereta….jika tidak mampu, carilah
kereta mengikut kemampuan kita…jika ada rezeki lebih, dapatlah merasa kereta
import( bagi saya, proton preve sudah cukup mewah jika ada yg menginginkn
kereta mewah seperti Honda civic kelasnye, tapi tak mampu dari segi kewangan.
body cukup mantap, selesa di bawa berjalan jauh…dan jika ada yang memperkatakan
yg buruk2 mengenai proton preve, mungkin mereka hanya merasa di mulut sahaja
dan bukannya merasa sendiri nikmatnya. Credit kepada mereka yang berjaya
menciptanya.Kepada yang hanya pandai mengata, adakah anda sudah cukup pandai
sehingga dapat melahirkan idea yang kreatif dan inovasi seperti ini…????). dan
mungkin idea seperti PR1MA perlu diperluaskan keseluruh Negara agar seluruh
rakyat dapat menikmatinya tak kira parti mana mereka menyokongnya….
Banyak sebenarnya
yang boleh kita perkatakan mengenai manifesto kedua2 parti….tapi cukuplah
sekadar di sini…mungkin di masa lain dan kesempatan, akan saya huraikan manifesto seterusnya. Kita punya akal untuk berfikir dan menilai sejauh mana logik tentang manifesto berkenaan….dan jika anda sudah ade pilihannya…Adakah anda sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang ade???….5 tahun bukan suatu masa yang pendek..macam2 boleh berlaku dan
tanahair kita hanyalah dipinjamkan oleh anak-cucu kita secara sementara kepada
kita…dalam tempoh 5 tahun jugalah, ade
diantara mereka yang akan berkahwin, ade yang akan menamatkan pengajian mereka
dan mula mencari pekerjaan, ade yang melahirkan cahaya mata, ade juga yang
melewati usia kematangan 20-an,30-an,40-an dan mungkin 50-an… “ADAKAH KITA
SUDAH BERSEDIA….? Tepuk dada, tanyalah selera….
No comments:
Post a Comment