Masuk hari nie da 5 hari Dubeis demam.Penat tak yah
ceritalah, sakit badan pnn xle nak cerita…sana sini sakit……nak ambil cuti rasa
serba salah pula…lagipun sepanjang 7 minggu nie aku kena straight mengajar
je…tidur memang selalu terganggulah dalam 5 hari nie….pegi keje pn dalam
keadaan penat dan pening kepala…Ya Allah cepatlah masa berlalu…bila masa cepat
berlalu, anak2 pn cepat membesar, dan satu yang tak bley aku terima…akupn da
makin tua( kehkeh…kalau bley nak selalu je muda). Itulah lumrah hidup tanpa
suami disisi…rasa mcm bersilat je kat rumah dengan anak2 …tak terkejar tangan
nie nak handle sume benda sorang diri….
Pagi2 dalam pukul 6
lebih,dubeis da bangun merengek…emm…laparla tue, semalam sepanjang hari kurang menyusu dan minum air…air
liur asik meleleh je(sah memang sakit tekak or sakit ulser, sama kes masa dia 6
bulan dulu punnn masuk hospital tapi hosp SALAM(Senawang Specialist Hospital))
, hampir 2 hari gak bertapa di hospital tue……badan macam nak kebas, muka pn
sembab je (mcm org tua,pdhal masa tue baru awal 29 tahun)..kehkehkeh….nak buek
camno, kang tak masuk hosp kang, aku yang sakit badan sampai 1minggu tak habis2).
Dalam pukul 10.00 pagi br bertolak dari rumah ke
hospital…lambat sebab nak settlekn sume benda termasuk baju 1 minggu yang belum
di basuh….sampai kat hosp, ramai betul org, nasib baik dapat parking cantik
pnye…betul2 depan pintu masuk (memang rezeki ko la nak). Aku terus pegi ke
kaunter pertanyaan….”Encik, tumpang tanya, kat sini ada tak klinik pakar
kanak2.”Pergghhhh…pertanyaan memang betullah menunjukkan ini first time aku ke
hosp nie.Encik kaunter plak jawab,” ada, akak pegi ke tingkat 1 jumpa dgn Dr.
Lim”. Akak dia panggil aku padahal aku tengok muka dia mcm lebih tua dari aku
(kehkehkeh..tak sedar diri tu da tua,
klu da menginjak ke 3 series mmg la kesan penuaan da nampak le…terima la
seadaanya). Sampai kat tingkat 1, pnyela ramai yang menunggu turn utk berjumpa
dgn Dr pakar tue….nasib baik sejam je menunggu pastu da kena
panggil…Alhamdulillah…Allah memudahkan segala-gala-Nya. Dr suruh admit wad
sebab tonsil dia da bengkak dan merah…memang patut baby susah nak makan dan
merengek2. Wad kanak-kanak penuh, terpaksalah masuk ke wad bersalin dan
O&G. Rasa aman je kat sini.Ok gak kalu duk cni, tak de lah dgr sgt budak2
merengek….
Sampai kat sana, diorang tempatkan anak aku kat wad 4 katil. Anak2 aku bukan main suka…mcm duk hotel je dia pnye suka….melompat sana,melompat sini…semua tempat dia explore sampai naik pening aku…si pesakit(Dubeis) jadi macam bukan org sakit(tetiba je sihat) bila sampai je ke wad nie. Dia pn suka semacam je, sama macam kakak dia.tolak tong sampah la, katil la…aduiii…pening kepala ku….
Sampai kat sana, diorang tempatkan anak aku kat wad 4 katil. Anak2 aku bukan main suka…mcm duk hotel je dia pnye suka….melompat sana,melompat sini…semua tempat dia explore sampai naik pening aku…si pesakit(Dubeis) jadi macam bukan org sakit(tetiba je sihat) bila sampai je ke wad nie. Dia pn suka semacam je, sama macam kakak dia.tolak tong sampah la, katil la…aduiii…pening kepala ku….
Part yang aku paling sedih bila nak masuk drip water…..si Dubeis melalak2 bila tgk ramai nurse kerumuni dia….takut betul dia…Dr lak suruh aku keluar dr bilik tue…terdengarlah tangisan dia dari jauh sambil memanggil nama ku….aduish…sadisnya…..
Bila da siap, Dr panggil
bagitau anak da boleh bawa balik ke wad. Bila aku masuk je
bilik tue, si Dubeis tersenyum riang melihat kelibat aku.....terus dia
sebut...” Mamaaaaaa....nak ucu” maksudnya nak susu....aku terus bagi susu...dia
memeluk erat susu tapi tak meminumnya mgkn sebab mulutnya masih sakit. Sambil
tue dia memeluk erat tanganku macam takut aku tinggalkan dia lagi....Sayu rasa
hati bila melihat dia teresak2 sambil memandang aku meminta simpati...Selepas
nurse da memperkemaskan balutan tangannya, aku terus membawanya ke katil
semula. Lepas nurse bagi ubat tahan sakit, dia terus minum susu dan terlena
keletihan melalak masa nak maskkan drip water tue....
Si kakaknya lak
asik berkepit dengan anak orang sebelah katil...kebetulan dia pn sebaya dengan
si Kakak,lagi lak dia suka...Aku terus mengajaknya tidur. Lagipun da pukul
2.30pm. Da memang masa untuk dia tido...melalak nak main lagi dengan kawannya
yang baru dia kenal...Aku dokong gak dia sambil menyatakan kalu kakak nangis
lagi,nanti dr. cucuk...dia geleng kepala...senyap dan terus tertidor dengan
susunya....
Huhhhh...aman dunia nie bila dua-dua da tido....aku lak berehat di atas kerusi...tak tau nak baring kat ne....katilnya satu je, so 2 org anak aku pn da cukup memenuhkan katil tue...malam nie bersesak-2la aku tido kat katil tue....Sambil mengurut2 badan, aku layan fb n internet....penatnye rasa badan nie tak tertanggung rasanya...Entah berapa hari lagi agaknya anak aku kat wad nie....harap2 dia sihat cepat2, bleyla aku masuk keje awal,lagipn memang sekarang nie turn kelas aku mengajar...so, xnak la sebab aku nnti orang lain bising kena menggantikan kerja aku lak....
Kami berada di wad
selama 4 hari 3 malam....hari Selasa keluar wad, petang Selasa tu aku terus demam+
selsema,mgkn sebab kepenatan...so,MC pula...da 3 hari tak masuk office,nak tak
nak hari kamis nie kena masuk keje walaupun aku tau aku masih tak sihat
sepenuhnya....Kamis+ jumaat aku keje dalam keadaan aku demam yang tak menentu,
tapi aku kuatkan jua diri ini, lagipun tak de sape yang teringin nak mengambil
alih kelas ku ini...kesian kat student...Alhamdulillah habis juga aku mengajar
teori untuk Workshop Technology dan juga memberi 4 tugasan kepada
student...terima kasih Ya Allah kerana memberikan kekuatan dalam memberikan
ilmu dan menunaikan tanggungjawab ku sebagai pengajar....Minggu depan aku
target untuk memulakan amali untuk Workshop. Preparation untuk amali sudah
dibuat pada hari Jumaat tersebut....Tapi
tak kesampaian sebab demam aku makin teruk. Pagi Isnin tue(19/3/2012) memang
aku semangat nak hadir keje, tapi sempat datang pagi je(hadir untuk penilaian
Pegawai Penilai Internship dari CIAST). Atas nasihat PPI CIAST, aku ambil MC dr
Poliklinik IbnuSina selepas melihat keadaan aku yang tidak bermaya dan
lesu+pucat. Atas nasihat Dr. juga, petang tue juga aku ke hospital untuk
pemeriksaan rapi sebab takut denggi...
So, berada di wad KPJ Hospital Specialist Seremban selama 3 hari 2 malam amat membosankan dan menyeksakan...anak2 emak aku yang jaga
selama aku di wad..Terima kasih emak+ayah kerana sudi menjaga anakku di saat
aku kesusahan...
So, semoga berjumpa
lagi dilain POST ye....bubbye...
medical kad mampu milik untuk semua... jom tgk blog sy http://perlindungantakafuletiqa.blogspot.com/
ReplyDeletemedical kad mampu milik untuk semua... jom tgk blog sy http://perlindungantakafuletiqa.blogspot.com/
ReplyDeleteMcm pergi bercuti yew kak.. hehe
ReplyDelete