Mari kita berfikir
sejenak tentang dua makluk ciptaan Allah swt ini mudah mudahan kita mendapat
manfaat. Semua orang barangkali pernah melihat Lebah dan Lalat, Lebah mungkin
susah sikit didapati di bandar bandar besar tetapi tidak susah untuk menjumpai
Lalat, ia ada dimana mana.
Lebah ini dapatlah umpamakan orang baik kerana membawa penawar dan lalat itu orang jahat kerana membawa penyakit. Jika dilihat disini layaknya seperti kurang orang orang baik yang mendiami bandar bandar. Mudah mudahan anda semua tergolong dari orang yang baik baik semua ...aameenn.
Perbezaan dua
makluk ini amat ketara iaitu Lalat membawa penyakit sementara Lebah pula
membawa penawar iaitu melalui madunya seperti tersebut didalam Al Quran surah
An Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu memberi
ilham kepada lebah; "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang
dan pokok pokok kayu dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia.68.
Kemudian makanlah dari semua jenis bunga bungaan dan buah buahan (yang engkau
sukai) serta turutlah jalan jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkan kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang orang yang mau berfikir.69.
Lebah ini dapatlah umpamakan orang baik kerana membawa penawar dan lalat itu orang jahat kerana membawa penyakit. Jika dilihat disini layaknya seperti kurang orang orang baik yang mendiami bandar bandar. Mudah mudahan anda semua tergolong dari orang yang baik baik semua ...aameenn.
Ada juga persamaan
lebah dan lalat seperti keduanya boleh terbang. Tetapi dalam persamaan itu
terdapat perbezaan yang sangat besar kerana terbangnya lebah kerana mencari
bunga bunga yang cantik tetapi terbangnya lalat kerana mencari sisa sisa
makanan atau kotoran yang menjijikan.
Tidakah matanya
juga sama?
Ya, matanya
sama..tetapi dalam kesamaan itu terdapat perbezaan yang jauh lebih besar jika
kita mau berfikir mengenainya. Mata lalat walaupun dia terbang melalui kebun
kebun bunga yang cantik bersih, namun matanya sentiasa memerhatikan dan mencari
najis najis yang mungkin terdapat disana.
Sedangkan mata
lebah walaupun dia terbang melalui longgokan najis najis dan sampah sarap,
namun matanya tetap saja memerhati dan mencari bunga bunga dan madu madu yang
mungkin terdapat disitu...
Nah sekarang mari
kita perhatikan dan berfikir, adakah persamaan mata kita dengan mata lebah
yakni suka melihat yang baik, atau dengan mata lalat yang suka melihat yang
keji keji. Kita semua sudah maklum tentang segala pandangan yang diharamkan
syarak memandangnya, mengapa kita masih saja melihat perkara perkara yang
menambahkan titik hitam didalam hati kita? Walaupun ianya dosa kecil, tapi jika
terus terusan dibuat, tentu ia akan memudaratkan timbangan amal kebajikan kita
nanti.
Sebaliknya jika
kita sentiasa menjaga pandangan dan memeliharanya, InsyaAllah jiwa kita akan
lebih tenang dan kita akan menikmati hasilnya nanti seperti lebah yang
menghasilkan madu yang menjadi penawar kepada manusia
No comments:
Post a Comment