Huuhhh....Penat
masih terasa hingga ke hari ini. Minggu lepas bertungkus-lumus mengemas rumah
baru di Melaka...
Ahad (25/3/2012).....Husband
di jadualkan tiba di airport pukul 2.00 ptg. Aku pula drive dari kampung
halaman di Jempol, Negeri Sembilan( berada di Jempol sebab masa tue dapat mc
selama 1 minggu daripada KPJ Hospital..hehe...baru kuar hospital sebenarnye dek
kerana demam panas yang tak surut2 ,pening kepala, badan menggigil,badan tak
bermaya dan tak selera makan).Orang tengok aku pn takut je.dengan mata
bergelang hitam yang memang ketara menunjukkan aku memang tak sihat + jalan
terhuyung-hayang + badan semakin susut+ muka pucat.So, kat KPJ Hospital ,aku
kena drip water selama 3 hari baru badan rasa sihat dan kuat. Demam pn da kebah
+ da selera makan ckit. Takut juga bila dikenang kembali kata Dr. yang syak aku
nie ade denggi....rasa ngeri je. Nasib baik bila cek darah aku tak de
pape....alhamdulillah..........
So, masa laki aku balik, aku sebenarnye masih dikategorikan ‘TAK SIHAT’. Still pening2 kepala gitu. Senang cerita, demam da kebah, tapi badan still x sihat sebab makan still lagi kurang ber’SELERA’.Tapi, alhamdulillah, hari Jumaat tue( 30/3/2012) Allah beri kesihatan dan kekuatan untuk aku menolong Husband aku pindah rumah.
Kat sini aku nak
cerita kenapa hari Sabtu berikutnya(31/3/2012) baru kami berkesempatan nak
pindah ke rumah baru.
3.Di sebab kan plaster ceiling lambat, so pemasangan lampu dan kipas pn lambat. Terpaksa dibuat hari Jumaat juga. Kami bagitau kat org wiring tue, kami nak hari Jumaat juga siap. Alhamdulillah...siap juga 1 hari walaupun macam2 badai yang melanda.
Hari Jumaat juga baru nak cari aircond dan ambil kipas. So,hari tue beli, hari tue juga pasang.
4.Disebabkan hari
Sabtu baru pindah, aku pnn santai2la kemas barang kat rumah lama di Taman Tun
Raha, Bukit Katil. Lagipn aku masih tak sihat. So, kemas ckit2, lama2 siap la
tue.Alhamdulillah...Allah mempermudahkan jua kerja kami....memang siap juga
mengemas hari Jumaat tue. So, hari Sabtu
tinggal angkat barang ke lori je la.
Satu masalah kami,
rumah baru masih tak dibersihkan lagi, masih tak di mop dan tak dibasuh tapi da
nak angkat barang. Call pencuci rumah, hari Jumaat sume nye full, so nak tak
nak, kena la buat sendiri. So, pagi2 Sabtu tu husband bangun awal dan terus
mengemas rumah sana walaupun tak sume dia sempat kemas. Tapi ok la daripada tak
mengemas langsung.
![]() |
Rumah sewa kami di Taman Tun Raha |
Lori sampai awal
betul. Janji pukul 9.00pagi,tapi 8.30pagi da terpacak depan rumah.
Terkedek-2 aku menyiapkan diri dan
anak2. Husband lak masih kat rumah baru. So, aku la yang handle angkat2 barang.
Arahkan orang mengangkat mana yang perlu. Tapi aku memang kesian kat orang
angkat barang nie. Memang nampak penat sangat diorang nie.Almaklumla,barang
banyak sangat walaupun rumah sewa je. Orang kata ‘ Berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikul’. Tapi nak buat camne, nak taknak kena angkat juga. So,
habis angkat barang, kami pelawa diorang makan dan minum, kesian betul aku
tengok,nampak letih sangat mengangkat barang. Nampak satu senyuman yang lega
dari muka setiap orang selepas kami pelawa makan. Kami telah memberikan wang tambahan
sebanyak RM200 daripada nilai yang kami
janjikan sewaktu perbualan dalam telefon. Kami beri lebih sebab kami rasa they deserve for it. Langsung tak
mengeluh walaupun barang banyak dan berat.
Apabila lori angkat
barang tu meninggalkan kami, maka bermulalah operasi kami mengemas rumah. Pukul
4.00 ptg nie, Bedroom set untuk master bedroom akan sampai. Nak tak nak kena
clearkan juga tempat laluan mereka. Senang mereka nak buat keja nanti. Sambil2
tu aku mengemop la lantai mana yang tak mop lagi. Tepat jam 4, lori tue pn
sampai. Terkedek-kedek mereka mengangkat barang ke bilik master bedroom. Paling
kesian masa mereka angkat tilam. Memang berat dan besar (tilam king la
katakan). Sampai satu ketika, aku terdengar org pasang bedroom set bergaduh.
Tapi kejap je. Lepas tue, senyap balik. Da baik la tue. Lastly, siap juga
mereka pasang Master set bedroom tue+ cabinet TV+ divider+ kerusi rehat.
Lepas mereka da
blah, aku sambung balik mengemop lantai. Lantai memang kotor, sana cni habuk
kapur sampai rasa perit kaki nie. Nak tak nak kena mop juga sampai bersih. Husband
lak g kuar settlekn bill wiring. Habis settlekn bill, balik rumah lama dan
bersihkan pula. Tak nak la kotor2 pastu bagi kat Tuan rumah. Sebabnye masa kami
ambil rumah tue pn, dalam keadaan bersih. Malulah plak kalu bagi rumah dalam
keadaan kotor. Lagipun pakcik tue baik, kadang2 suka bagi buah-buahan kat kami.
Lepas habis kemas rumah sana, balik rumah baru kami, pasang langsir pula. Akupn
tolong sekali. Malam tue husband dan aku tertido keletihan.
Ahad(1/4/2012).Pagi-pagi
lagi kami da bangun. Sambung balik aktiviti mengemas rumah sehinggalah pukul
1.00 pagi( kira masa nie memang sume da dibersihkan la, baru nampak macam rumah
and selesa ckit). Anak pn sama 2 tido lambat. Kami tido 2 jam je. Pukul 3.00
pagi kena bangun sebab flight husband
pagi, so, kena sampai airport pukul 6.00 pagi. Pastu saya balik semula ke ILP Pedas (pkl 7.00 pagi sampai cni).
Bermulalah aktiviti rutin ku dengan anak berseorangan tanpa husband disisi. Bagiku,
walaupun minggu aku bercuti seperti terasa tak bercuti, tapi satu kepuasan
timbul kerana sume kerjaku da settle. Rumah pn da bersih. So, aku xdela penat
sangat nak mengemas bila hubby takde.
K, semoga berjumpa
lagi dilain ‘POST’...Wassalammmm...............
No comments:
Post a Comment