Tuesday 23 April 2013

Ber'Adab'kah kita & 'Profesional'kah kita......

Assalamualaikum buat semua;

Sambil drive menghantar anak ke Taska, IKIM.fm memang peneman ku yang amat setia....Isu yg paling hangat diperkatakan pagi ni adalah mengenai adab dan sopan di pilihanraya....Kita dididik sejak dari bayi (suci dari dosa) oleh orang yg bergelar 'ibubapa' agar dapat membentuk peribadi mulia sebagai bekalan di masa hadapa sehingga kita pandai membentuk dan mengolah kehidupan masa depan kita sendiri...
Ni malam td pnye gambar. Sambil running projek akhir master, sambil tue melayan anak2 dan buat blog . Blog sebagai perantara meluah rasa. Dah lama tak update blog...

Rutin harian setiap pagi......menghantar anak-anak ke taska...Terserlah keseronokan mereka ke 'school'
            Muak dan jelik melihat sebilangan puak pelampau parti politik di FB dan blog sehingga adab dan sopan di tolak ke tepi...persaudaraan sesama islam entah ke mana sehingga ade yg begitu bongkak dengan berkata 'Aku baca semua berita;utusan,berita harian,harakah,malaysia kini, sinar dan suara keadilan, so aku lebih tau la sape benar dan sape salah. Pi suruh kawan tue balik ke sekolah balik.tak cukup belajar nie'.Masyaallah, anda ke Tuhan yang boleh menentukan benar atau salah suatu berita yg kita dapat tue..Kalau hati dah penuh dengan kebencian, baca ape pn samada berita tue benar atau salah, hati tetap terpadam melihat kebenarannya dek kerana kebencian tersebut. Sangat merasakan diri terlalu pandai sehingga memperlekehkan rakan2 seagamanya yg lain. Pendekatan terbaik adalah dengan berdoa dan bersolat hajat agar Allah dapat menunjukkan kebenarannya. Ikim.fm juga ade mengatakan 'manusia akhir zaman sudah jauh meninggalkan sunnah Rasullallah...da lupa adab dan budi pekertinya...kembalilah kita ke arah menganggungkan Rasullallah, insyaallah hati akan tenang dalam meniti kehidupan seharian'.


Cuba utk mendalami sunnahmu, akhlak terpuji mu, keimanan mu yg tak berbelah bagi pada Yg Satu; yg ku sedari hari demi hari semakin dilupakn dek kesibukn urusan duniaku.......


        Profesional kah kita kalau bertindak melemparkan kata hina keji walaupun ia adalah wall kita...kata-kata seperti 'B***H', 'B**G*NG, B**LSH*T....begitu amat menyedihkan bila membacanya, terguris hati yang membacanya...Sahabat2 sekalian…saya faham apa yang terbuku di hati sedara sekalian…kita menyampah sebab kita benci,kita marah sebab kita tak suka…..tapi secara tak sedar  segala maki hamun keji kita akan balik juga kepada kita….memang senang untuk menilai seseorang, tapi amat susah untuk menilai diri sendiri samada betul atau tidak tindakan kita….tapi mohon ,tolong jaga pertuturan kita. Tutur kata yang baik juga lambang iman kita dan akhlak kita. Bermakna juga kita insan lemah, malah menunjukkan kelemahan diri sendiri….adakah dengan pertuturan yang kotor akan merubah segala-2 yang saudara tak suka…sama2 fikirkan. Amat memalukan sekiranya post berkenaan di baca oleh bukan islam. Apa penilaian mereka terhadap kita sebagai umat islam. 

        Kasihan empunya badan kepada 'ibu yang melahirkannya', 'cikgu-cikgu yang mendidiknya' dari umur 6 tahun sehingga pandai dan ade yg menjadi jurutera dan doktor, kasihan juga kepada 'ibu dan bapa yang telah mendidiknya sedari kecil sehingga dewasa'. Mereka mendidik kita dengan penuh kasih sayang dan harapan. Rukunnegara juga ade menyebut tentang ' Kesopanan dan Kesusilaan'....kesemuanya terkubur begitu sahaja dek kerana ketaksuban kita terhadap sesuatu parti politik....Memang saya akui akibat ketaksuban kita telah menyebabkan 'EMOSI' mengawal pemikiran dan tingkah laku kita...berwasadtiah itu lebih baik di amalkan dalam kehidupan kita....bila wasadtiah di tolak ke tepi, jadilah kita seperti apa yang berlaku di Asia Barat sana akibat penularan 'Arab Spring' dan ketaksuban puak pelampau....

      Saya amat berharap, habisnya pilihanraya ini akan mengembalikan keamanan dan keceriaan yg kita pernah kecapi dulu...tiada kata keji, maki-hamun yang begitu menyakitkan hati yg membacanya dan kembali mengikatkan silaturrahim antara kita....1Malaysia, aman dan makmur...Akhir kata ' Yang baik semuanya dari Allah danYang buruk itu dari kekhilafan diriku sendiri. Mohon maaf jika ade terkasar bahasa. Wallahhualam....

Thursday 11 April 2013

Relevankah manifesto Kedua-dua parti Politik (BN dan PR)...???


Terlalu ramai yang memperkatakan mengenai manifesto kedua2 parti…Yeee….lidah sememangnye begitu lembut menutur kata;begitu mudah melemparkan rasa…kalau boleh semua ingin diberi, tetapi sejauh mana impak dan kesannya kepada rakyat Malaysia;hanya diri sendiri yang menilainya….kita punya akal untuk menilai sejauh mana logiknya lidah ahli politik melempar kata:


1)  BR1M: bantuan sebegini memang bagus kerana banyak membantu golongan yang miskin  tetapi punye banyak kelemahannya terutama tentang golongan sasaran, dan bagaiman pula dgn golongan peniaga yang kaya tapi tidak mempunyai slip gaji( mereka yang kaya tapi mengambil juga BR1M tersebut, duit tersebut samada HALAL atau tidak antara dia dgn ALLAH…ibarat seperti mengambil hak orang2 miskin gamaknya), tapi masih diberi kepada mereka…jadi, hasrat menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran tidak sampai kepada tujuannye…tentang gaji minimum RM3000, dan bagaimana pula dengan golongan yang bergaji pokok yg rendah, tapi sebab ‘overtime’ sehingga gaji mereka melebihi RM3000 seperti disyaratkn dlm BR1M, maka gaji mereka dikira tak layak untuk bantuan tersebut….jika kekurangan ini dapat di atasi sebelum bantuan yg lebih banyak (RM1200) diberi, maka duit yang lebih banyak di beri kpd golongan x sepatutnya ambil dapat disalurkan kepada yang betul2 memerlukannya…

2) Pendidikan percuma: sejauh mana kesannya kepada pendidikan di Malaysia????…adakah dengan pendidikan percuma akan melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, lebih berfikiran analitikal, lebih proaktif ,inovasi dan kreatif, dan graduan yang lebih berani dan cekal menongkah arus pekerjaan….atau hanya akan melahirkan graduan yang lebih malas berusaha dan lembab kerana pendidikan percuma sememangnya dalam genggaman mereka?????…pengkelasan mereka yang diberi biasiswa dan tanpa biasiswa akan lebih melahirkan manusia yang lebih berdaya saing kerana akan mencuba yang terbaik  agar banyak penaja yang ingin membiaya pendidikan mereka…kengkadang sedikit pengorbanan akan menyebabkan kita lebih menghargai setiap dari titik usaha kita…dan itulah pengalaman yang akan banyak mematangkan kita……

3) Kereta dan rumah?????..........saya akan pilih rumah…terlalu hangat isu ini diperkatakan terutama golongan muda yang mula memasang angan2 memakai kereta mewah mengelilingi Malaysia…kebanyakan mereka ayang memasang angan-2 ini hanya mementing ego semata-mata seperti 'Biar papa, asal bergaya' dimana biarlah rumah kecik, asal dapat bergaya megah dengan kereta yang diusung ke sana ke mari. Keluar dari kereta mewah dengan lagak dan ego, padahal poket kempis sentiasa. Alangkah bagusnya jika parti politik lebih menekankan dan memperkatakan tentang penurunan harga rumah berbanding kereta….kereta bukanlah suatu keperluan dan ia bukanlah liabliti, tapi cukup sekadar ia adalah kereta yang dapat membawa kita ke arah tempat yang dituju…penurunan harga kereta langsung tak menarik perhatian saya, tetapi alangkah baiknya jika harga rumah yang dapat diturunkan kerana dirumahlah segala-galanya bermula…kasih sayang sekeluarga tersemai di ‘RUMAH’..Jika rumah selesa, mungkin akan tidak ada anak2 yang akan mencari keselesaan diluar. Kita punya banyak pilihan tentang pemilihan kereta….jika tidak mampu, carilah kereta mengikut kemampuan kita…jika ada rezeki lebih, dapatlah merasa kereta import( bagi saya, proton preve sudah cukup mewah jika ada yg menginginkn kereta mewah seperti Honda civic kelasnye, tapi tak mampu dari segi kewangan. body cukup mantap, selesa di bawa berjalan jauh…dan jika ada yang memperkatakan yg buruk2 mengenai proton preve, mungkin mereka hanya merasa di mulut sahaja dan bukannya merasa sendiri nikmatnya. Credit kepada mereka yang berjaya menciptanya.Kepada yang hanya pandai mengata, adakah anda sudah cukup pandai sehingga dapat melahirkan idea yang kreatif dan inovasi seperti ini…????). dan mungkin idea seperti PR1MA perlu diperluaskan keseluruh Negara agar seluruh rakyat dapat menikmatinya tak kira parti mana mereka menyokongnya….

Banyak sebenarnya yang boleh kita perkatakan mengenai manifesto kedua2 parti….tapi cukuplah sekadar di sini…mungkin di masa lain dan kesempatan, akan saya huraikan manifesto seterusnya. Kita punya akal untuk berfikir dan menilai sejauh mana logik tentang manifesto berkenaan….dan jika anda sudah ade pilihannya…Adakah anda sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang ade???….5 tahun bukan suatu masa yang pendek..macam2 boleh berlaku dan tanahair kita hanyalah dipinjamkan oleh anak-cucu kita secara sementara kepada kita…dalam tempoh 5 tahun  jugalah, ade diantara mereka yang akan berkahwin, ade yang akan menamatkan pengajian mereka dan mula mencari pekerjaan, ade yang melahirkan cahaya mata, ade juga yang melewati usia kematangan 20-an,30-an,40-an dan mungkin 50-an… “ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA….? Tepuk dada, tanyalah selera….