22/1/2012 (Ahad).........Pagi tue kami
bangun agak lewat sedikit daripada biasa. Saje je bermalas-malasan nak bangun
dari katil empuk tue......anak2 pn nampak seperti betul2 keletihan. Breakfast
pn agak lambat, dalam pkl 9 baru g turun makan. Lepas breakfast, naik balik ke
bilik dan bersantai lagi. Aktiviti hari ini dijadualkan bermula pukul 1.30
pm,selepas solat zuhur.
Bila jam da pukul
1.30pm, kami terus turun, tapi driver still xde. Sambil menunggu driver tiba,
kami bergambar-2 di sekitar resort. Xsampai beberapa minit, ternampak la
kelibat Toyota Innova kami. Kami terus naik. Kali nie , kami plan nak g Big C for shopping. Saje jalan –jalan sekitar
bandar Danang. Sambil tue bley bergambar. Kat sana –sini ada tanglung, sama
macam kat Malaysia. Tapi masyarakat sini bukan berbangsa cina, tapi mereka
berbangsa indochina. Bahasa pn lain, jadi budaya mereka pn berbeza sedikit.
Ramai betul orang shopping kat sini. Almaklumlah esok da nak raya...mgkn
persiapan terakhir mereka sebelum big celebration esok. So, plan kami nak
shopping ckit2 terbatal. Hanya bley tengok je. Manusia terlalu ramai,
sehinggakan nak berjalan pn susah. Barang2 kat sini apabila di convertkn ke RM
Malaysia memang la agak mahal berbanding Malaysia. So tak sesuai nak shopping.
Baik shopping kat Malaysia, Tanahairku.
Di samping itu
,masyarakat di sini di kategorikan dalam kumpulan sederhana. Kebanyakan mereka melakukan
aktiviti harian menggunakan motor, dan ade juga yg berjalan kaki. Kalau yang
menggunakan kereta dianggap kaya dan berada. Kat sini tak de langsung taman
perumahan. Maknanya,kalau mereka nak rumah, mereka terpaksa bangunkan rumah
mereka atas inisiatif sendiri; beli tanah dan buat rumah. Sebab tu, rumah-2 kat
sini berterabur, dan tak terancang. Tapi satu yang aku puji, environment kat sini memang cantik,
bersih dan indah. Tak seperti yang aku dengar dari mulut orang yang mengatakan
vietnam nie kotor dan buruk, rupa-2nya sebaliknya. Vietnam adalah sebuah negara
yang sedang membangun. Sebab tue kat sana-sini ternampak pembangunan sedang
giat di buat. Bangunan kat sini paling tinggi pn 3 tingkat, sbb kat sini selalu
berlaku ribut taufan yang boleh meranapkan bangunan tinggi.
Bila berada di
penempatan orang yang hidup susah, rasa bersyukur sangat dilahirkan di bumi
Malaysia. Bersyukur sebagai anak Malaysia. Kalau ade yang masih mengeluh, mgkn
tak pernah melihat kesusahan masyarakat negara lain. Kalau melancong di
penempatan yang mewah seperti US, London, Australia, Korea, Japan.....mgkn dia
xkan rasa sifat syukur tu, sebaliknya membandingkan kekurangan mereka
berbanding negara maju tersebut. Sebab itu mereka sentiasa membantah dan
menentang padahal di sekeliling mereka sebenarnya sudah cukup sempurna dan
mewah.
Selepas berjalan-2
di Big C, kami bertolak ke Chua Linh Un. Tempat nie cantik sebab dia berada di
atas bukit dan merupakan kuil terbesar di Danang. Saje je nak tengok tempat
yang dikatakan cantik oleh driver kami. Kami berjalan-jalan di sekitarnya
sambil meniup udara segar dan sejuk di sana.
Selepas itu, kami
bertolak ke Danang Beach. Kami lepak2 sebentar di sana sebelum pulang semula ke
penginapan kami.
Itupun sebab si Dubeis da merengek, mgkn badan dia xsedap,lgpn dia selsema mgkn kerana jalan2 lewat malam tadi. Malam tue kami tak pergi mana2, tapi bersiap2 untuk pulang pagi esoknya. Flight pukul 9.15 pagi. So, kena bertolak awal dari Resort. Malam tue kami dihidangkan buah dari Resort, mgkn hadiah kerana memilih resort ini sebagai lokasi penginapan untuk percutian kami ini. Kami tido awal kerana masing2 keletihan berjalan2 pada siangnya......
Itupun sebab si Dubeis da merengek, mgkn badan dia xsedap,lgpn dia selsema mgkn kerana jalan2 lewat malam tadi. Malam tue kami tak pergi mana2, tapi bersiap2 untuk pulang pagi esoknya. Flight pukul 9.15 pagi. So, kena bertolak awal dari Resort. Malam tue kami dihidangkan buah dari Resort, mgkn hadiah kerana memilih resort ini sebagai lokasi penginapan untuk percutian kami ini. Kami tido awal kerana masing2 keletihan berjalan2 pada siangnya......
To be continue POST ‘Family Vacation :
Danang,Vietnam.........Part 4’.........
No comments:
Post a Comment