Disini saya post berkaitan perkembangan bayi kerana setiap ibu perlu tahu perkembangan bayi yang dikandungnya supaya kita dapat berinteraksi berdasarkan perkembangan bayi kita....
Saksikan juga video "9 bulan dalam kandungan" yang amat menakjubkan...Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa bagi setiap hamba-2nya.......
Satu bulan :
Bayi anda adalah embrio yang mempunyai dua lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.
Dua Bulan :
Pada masa ini, saiz bayi anda adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.
Tiga bulan :
Pada masa ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.