Friday 10 February 2012

K.A.S.I.H. & C.I.N.T.A. jarak jauh

abang with his boss

Salam buat semua,

Setiap cabaran yang datang saya lalui dengan tabah, tapi satu cabaran nie yang saya rasa paling susah untuk saya lalui dan hadapi iaitu cabaran membesarkan anak-anak tersayang. Kenapa saya mengatakan susah, padahal di mata orang lain, saya seolah-olah nampak mudah untuk menguruskan mereka....'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya'. Dah hampir 3 tahun saya hidup berjauhan dengan suami dek kerana batasan kerja yang memisahkan kami. Tanggungjawab membesarkan anak-anak diserahkan kepada saya. Bukan kerana suami saya ini adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi kerana seruan ilahi yang memerlukan suami saya bekerja jauh daripada keluarga. Satu cabaran juga buat suami tercinta di sana, bekerja dan mencari rezeki di negara orang secara berseorangan di sana. Tanpa sokongan isteri dan anak-anak di sisi mungkin juga susah dan sukar untuk suami saya melaksanakan tanggungjawabnya di sana. Walaupun banyak mulut yang mengata tentang kami, tapi saya tau tujuan,sikap dan kasih suami yang tak pernah putus walaupun kami dipisahkan oleh lautan yang besar dan jarak yang beribu-ribu km jauhnya.


project at lampung,indonesia
Teringat lagi saat pengorbanan si suami yang sanggup berhenti kerja di Perak yang memang melimpah ruah rezekinya semata-mata kerana ingin bersama-sama saya bekerja di Melaka. Dia memohon kerja sebagai Guru Sandaran di Melaka. Ternyata satu kebosanan yang amat besar timbul dari riak mukanya bekerja sebagai guru walaupun dia tidak meluahkannya. Apakan tidak,dia sudah biasa dengan kesibukan kerja sebagai engineer di private sector, tapi bila bekerja sebagai guru terlebih banyak pula masanya. Tentunya berbeza bukan. Saya mengerti, hubby saya nie seorang yang sukakan kerja yang mencabar minda dan akalnya. Kerja sebagai guru terlalu mudah baginya. Dalam diam-diam, dia memohon untuk bekerja di Bureau Veritas (BV) ,Singapore sebagai Inspection Engineer. Mungkin mula-mula hanya sekadar mencuba nasib dan market dia. 3 minggu sebelum saya melahirkan anak sulung saya, suami dapat call dari BV Singapore dan telah menawarkan kerja untuknya sekiranya dia lulus dalam interviewnya di KL nnti. Dia meminta pendapat saya tentang offer dan menceritakan benefit kalau dia dapat kerja dengan syarikat tersohor ini iaitu Bureau Veritas, Franch Company. Saya cakap, “ Tak pelah, cubalah dulu. Kalau da lulus interview, baru kita fikir yang seterusnya.”.


Wednesday 1 February 2012

Bencana besar jika gagal mengawal lidah

"Sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa".Begitulah peninggalan warisan budaya sosial melayu yang memperingatkan setiap individu dalam masyarakat agar peka dengan impak negatif yang berpunca daripada mungkar lidah.
Meskipun pepatah berkenaan sekian lama kita fahami,namun ada kalangan mukmin yang memandang ringan dalam aspek memelihara dan menjaga lidah. Banyak suruhan dan perintah Allah seperti ibadah solat,puasa dan haji mampu kita laksanakan dengan baik. Malah kita begitu komited sekali menjayakan ibadah yang disuruh Allah itu. Tetapi mengapa dalam bab menjaga lidah ini kita menjadi lalai dan pandang sebelah mata sahaja.

Banyak sudah berlaku krisis sosial antara individu yang lain berpunca angkara buruk tutur kata dilontarkan. Misalnya perbuatan mengumpat insan yang lain ataupun mengada-adakan cerita tidak benar. Hal ini jika ditinjau perpekstif psikologi jelas akan meninggalkan kesan kejiwaan negatif. Atas soal itulah awal-awal lagi islam menunjukkan agar umatnya berwaspada dengan kurniaan teragung buat manusia ini iaitu lidah.
Saidina Ali Abi Talib ada berpesan, "Bagi orang beriman,lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan yang sia-sia,sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara yang berhikmah."